Thursday, December 22, 2011

Peluang dapat lampu limpah

BH Online

‘PBSNT, MBKT perlu selesai segera’ 

HASRAT besar untuk melihat juara Piala FA musim ini, Terengganu beraksi pada waktu malam bakal menjadi kenyataan apabila Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat mengarahkan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) duduk semeja dan menyediakan laporan lengkap mengenai piawaian lampu limpah itu.



Rozi yang juga pengurus skuad T-Team bertegas tidak mahu kejadian sama berulang di mana lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu kerap kali dibaiki, tetapi tetap tidak mencapai piawaian ditetapkan.
“Itu pastinya tidak betul (kerap dibaiki). Justeru, kerajaan negeri mengarahkan PBSNT dan MBKT menyediakan laporan lengkap yang tepat. Berpandukan laporan itu, kerajaan negeri akan menilainya dan membuat keputusan membaiki lampu limpah di stadium berkenaan. 

“Kami tak kisah berbelanja lebih asalkan lampu limpah itu mengikut piawaian ditetapkan dan tahan lama tanpa sebarang masalah. Siapa sanggup membaiki benda sama setiap tahun, apa lagi setiap kerja baik pulih membabitkan perbelanjaan besar,” katanya pada majlis Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri di Hotel Primula, semalam. 

Kelmarin, akhbar Berita Harianmelaporkan situasi itu agak memalukan apabila tiga pasukan bola sepak yang memenangi tiga trofi utama musim ini iaitu Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan, gagal menepati piawaian kecerahan lampu limpah minima 800 lux ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...