Thursday, December 15, 2011

Awas, laman web FAS diklon!



KUCHING: Laman web Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) telah diklon, demikian menurut Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi.

 
ABDULLAH JULAIHI

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak keliru dan tertipu dengan kewujudan laman web palsu itu.

Baru-baru ini, pasukan teknologi maklumat FAS mengesan sebuah laman web yang menyerupai laman web rasmi FAS dari segi reka bentuk dan skema warnanya.

“Laman web rasmi kami ialah www.sarawakfootball. com dan pastikan anda tidak terkeliru dengan laman web lain yang serupa dengan laman web FAS ini yang tanpa disahkan (kandungannya) oleh pihak kami,” demikian menurut beliau dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, FAS katanya kini melakukan kerja menaik taraf laman webnya yang akan mengandungi berita terkini, keputusan, peristiwa serta maklumat lengkap tentang skuad Ngap Sayot nanti, Selain itu, laman web ini juga akan menyediakan pelayaran yang lebih mudah dan mesra pengguna buat para penyokong pasukan negeri serta pelawat-pelawat lain.

“Laman web rasmi ini akan menayang dan melaporkan setiap perlawanan yang membabitkan pasukan senior dan juga skuad Piala Presiden serta profi l dan gambar pemainpemain, berita dan peristiwa semasa selain perkembangan terbaru tentang pasukan negeri,” katanya.

Tambah Abdullah lagi, laman web rasmi FAS itu sedang dinaik taraf tatkala skuad Sarawak mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran getir Liga Super yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Beliau juga memberitahu FAS telah menyediakan satu rangka kerja yang lebih ringkas dan mudah dari yang biasa bagi laman web tersebut untuk dilayari oleh pelawat.

“Apa yang diumumkan pada hari ini adalah hanya permulaan dan laman web rasmi FAS perlu dipertingkatkan dan ini termasuklah integrasi reka bentuk dan media sosial,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...