Monday, December 19, 2011

60 perlawanan menanti Red Warriors



SHAH ALAM - Kelantan bakal mengharungi musim baru yang cukup padat dengan hampir 60 perlawanan terpaksa diharungi skuad Red Warriors musim depan.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya tidak gusar dengan jadual padat yang akan diharungi kerana persediaan rapi telah dilakukan skuad Kelantan bagi menghadapi cabaran musim baru, termasuk penyertaan pertama dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Dengan kehadiran barisan pemain import, kita juga akan menggunakan sistem penggiliran pemain dalam skuad Kelantan. Para pemain kena bersaing untuk mendapatkan tempat mereka dalam kesebelasan utama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Program Kerjasama KAFA-Happy dan penaja bersama Red Warriors 2012 baru-baru ini.

Menurut Annuar, persiapan awal juga diberi kepada para pemain yang mana langkah tersebut dilakukan agar para pemain benar-benar fokus terhadap jadual padat yang bakal mereka tempuhi nanti.

Jelasnya, Kelantan juga akan menggunakan formasi baru pada musim depan dan tidak lagi bergantung kepada 4-5-1.

"Kalau dulu kita terlalu bergantung kepada Norshahrul Idlan Talaha, tetapi kini dengan kehadiran tonggak import seperti pemain kebangsaan Lebanon, Muhammed Ghaddar Mahmoud untuk digandingkan dengan Norshahrul di posisi depan," ujarnya.

Selain itu, beliau memberitahu, Kelantan juga bukan sekadar membawa masuk pemain import untuk tempoh jangka pendek, tetapi sebaliknya mereka bakal dimanfaatkan untuk program jangka panjang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...