Wednesday, December 21, 2011

Polis guna 21 pemain PDRM


Harian Metro

POLIS antara pasukan yang tidak berbelanja besar dalam membuat persiapan menghadapi saingan bola sepak Liga M musim 2012 bermula awal Januari depan.


Pada kempen kali ini, Polis mengekalkan hampir keseluruhan pemain dari kalangan anggota pasukan dengan menampilkan 24 pemain iaitu 21 pemain anggota PDRM dan tiga pemain awam. Pemain awam yang menjadi tonggak pasukan ialah bekas pemain Kelantan, Mohd Amri Fazal Mat Nor dan Wan Zaman Wan Mustafa.

Sementara pemain lama yang dikekalkan ialah Mohd Afif Amiruddin dari Kedah.


Oleh kerana kekangan kewangan, Polis tidak mengikat pemain import seperti jiran terdekat, Angkatan Tentera.

Meskipun begitu misi Polis tetap sama seperti musim lalu iaitu untuk muncul juara Liga Perdana.


Cabaran ini turut digalas oleh jurulatih R Nalathamby. “Kita harus realistik dan saya berharap sekurang-kurangnya Polis mengekalkan kedudukan di tiga tangga teratas liga untuk layak bersaing dalam Piala Malaysia,” katanya yang sebelum ini membimbing pasukan MP Muar.




Menurutnya, tanpa nama besar dalam pasukan, beliau yakin Polis mampu menghadapi cabaran dan mencapai matlamat itu.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...