Tuesday, December 13, 2011

PBSNT hela nafas lega


Harian Metro


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyifatkan kerajaan negeri begitu prihatin meningkatkan cahaya lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.


Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, tindakan kerajaan itu tepat pada masanya memandangkan pasukan bola sepak negeri Terengganu yang melakar sejarah pertama berjaya memasuki pertandingan Piala AFC, Mac tahun depan. 


Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata, kerajaan negeri bersedia membaiki lampu limpah stadium bagi membolehkan perlawanan Piala Liga dan Piala AFC diadakan pada waktu malam.

Keupayaan cahaya lampu limpah di stadium itu sekarang adalah 800 lux berbanding 1,400 lux yang diperlukan untuk pertandingan peringkat antarabangsa.




Che Mat berkata, stadium berusia lebih 35 tahun itu tidak mempunyai kemudahan canggih yang diperlukan sebuah stadium bola sepak pada masa kini.

“Kita agak malang kerana ada stadium baru (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin) di Gong Badak, bumbung runtuh dan ia memerlukan masa yang agak lama untuk dibaik pulih,” katanya.


Sehubungan itu, Che Mat berharap kerajaan negeri akan mengatasi masalah itu bagi meningkatkan lagi mutu bola sepak di negeri ini.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...