Wednesday, December 18, 2013

Conti sah wakil Pahang

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Matias Conti kekal bersama Pahang pada saingan Liga M 2014 selepas dikekalkan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Pengesahan itu menamatkan spekulasi penjaring gol tunggal final Piala Malaysia antara Pahang dan Kelantan itu tidak mahu menyambung kontrak bersama skuad Tok Gajah.


Setiausaha Agung PBNP Fuzeimi Ibrahim berkata, kehadiran Conti yang bergandingan dengan bekas penyerang Kelantan Dickson Nwakaeme pasti digeruni lawan dalam misi mempertahankan Piala Malaysia dan mengidam kejuaraan Liga Super.


“Kita sudah serahkan senarai semua pemain tempatan dan import kepada FAM untuk didaftarkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...