Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Biarpun gagal mencapai misi mempertahankan pingat emas
Sukan SEA Myanmar minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap
menagih khidmat jurulatih Harimau Muda A Datuk Ong Kim Swee yang bakal
tamat kontrak pada 31 Disember ini.
Seperti ketetapan yang dibuat pada mesyuarat Exco FAM pada 24
November lalu, kontrak pengendali berusia 43 tahun akan disambung dan
dilantik sebagai ketua jurulatih sementara skuad kebangsaan selepas
kontrak Datuk K Rajagobal berakhir hujung bulan ini.
Bagaimanapun Setiausaha Agung badan induk itu, Datuk Hamidin Mohd Amin
menyatakan perbincangan semula akan dilakukan bersama Kim Swee mengenai
kontrak itu selepas jurulatih itu membayangkan mahu melepaskan tugas
mengendalikan Harimau Muda bagi memberi laluan kepada jurulatih tempatan
lain.
Dan beliau berkata, ada pelbagai 'kemungkinan' boleh terjadi sama ada Kim Swee akan terus membimbing skuad muda ataupun terus dinaikkan pangkat membimbing Harimau Malaya berdasarkan perbincangan selepas ini.
Dan beliau berkata, ada pelbagai 'kemungkinan' boleh terjadi sama ada Kim Swee akan terus membimbing skuad muda ataupun terus dinaikkan pangkat membimbing Harimau Malaya berdasarkan perbincangan selepas ini.
“Kami sudah memutuskan pada mesyuarat Exco sebelum ini bahawa kontrak
Kim Swee selaku jurulatih Harimau Muda akan disambung. Dalam masa yang
sama beliau juga akan ditugaskan sebagai jurulatih skuad kebangsaan
sehingga kami dapat mencari pengganti Datuk K Rajagobal.
“Bagaimanapun selepas FAM mendapat ketua jurulatih asing, kami akan memutuskan sama ada beliau akan menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan ataupun memikul tugas menjaga skuad Harimau Muda A, B dan C. Ini kerana kami fikir tiga skuad Harimau Muda ini perlu diselaraskan menerusi pemantauan seorang jurulatih,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Ketika ditanya mengenai peluang untuk Kim Swee diberikan tugas baru bersama Harimau Malaya, Hamidin secara ringkas berkata “ada kemungkinan”.
Kim Swee bekas pemain tengah kebangsaan dari Melaka dilantik menjadi jurulatih Harimau Muda A pada 2009 dan berjaya membimbing pasukan memenangi pingat emas Sukan SEA Indonesia 2011 dan Pestabola Merdeka September lalu.
Bagaimanapun kerana kecewa dengan pencapaian anak buahnya yang pulang dengan tangan kosong di Sukan SEA Myanmar, Kim Swee mengakui 'penat' untuk mengharungi kempen Sukan SEA pada edisi selepas ini.
“Mungkin beliau membuat kenyataan itu dalam keadaan kecewa, kita faham dengan kegagalan mempertahankan pingat emas tapi FAM masih memerlukan khidmatnya. Jadi kami akan mengadakan perbincangan semula sebaik beliau pulang bercuti,” kata Hamidin.
No comments:
Post a Comment