Sumber: Harian Metro
Seremban: Perpisahan Jean-Emmanuel Effa Owona dengan Negeri Sembilan
tidak berpanjangan apabila penyerang dari Cameroon itu difahamkan akan
kembali menyarung jersi skuad Hoben Jang Hoben dalam saingan Liga
Malaysia (Liga-M) musim depan.
Pemain berusia 29 tahun itu beraksi bersama Terengganu musim ini
dan menjaringkan 14 gol, namun gagal membantu skuad Penyu meraih
sebarang kejuaraan.
Pada 2012, Effa Owona adalah tonggak utama Negeri Sembilan apabila musim pertama beraksi dalam Liga M dia berjaya membantu skuad itu muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah iaitu satu-satunya trofi yang dimenangi skuad berkenaan yang ketika itu dibimbing Mohd Azraai Khor Abdullah.
Selepas semusim bersama Terengganu dan kontraknya tidak
diperbaharui, kini Effa Owona kembali bersama Negeri Sembilan yang
dibimbing bekas ketua jurulatih LionsXII, V Sundramoorthy.
“Effa Owona adalah antara tiga pemain import yang kita harapkan akan melengkapkan senarai tenaga import Negeri Sembilan bagi persiapan menghadapi musim depan selain sudah mendapatkan khidmat bekas pemain Geylang United, Jozef Kaplan.
“Kehadiran Effa Owona sudah pasti memberi impak positif dalam usaha memantapkan lagi kekuatan pasukan terutama di barisan depan dan saya yakin gandingannya dan Jozef Kaplan dapat membantu pasukan mengatasi masalah ketumpulan serangan,” menurut sumber pasukan semalam.
Selain dua import itu, Negeri Sembilan turut diperkuatkan pemain
tempatan yang juga bekas pemain Kelantan dan Perak antaranya M
Sivakumar, G Puaneswaran, V Ravi Chelvan dan Mohd Nizam Abu Bakar.
No comments:
Post a Comment