Monday, December 16, 2013

Harapan terakhir...

Sumber: Harian Metro
 
Ipoh: Perak berharap dapat pengganti pemain dari Brazil, Anderson Rodriguex Cardoso sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain untuk Liga Super 2014 esok.

Jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim berkata ejen Cardoso sedang mengusahakan pencarian pengganti untuk pemain itu yang dibatalkan pendaftaran oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana hanya seorang pemain Division 3.

Peraturan FAM menetapkan pemain yang beraksi dalam Liga M mestilah pemain dari Bahagian 1.

 
“Kita tunggu dan lihat,” kata Bakar melalui `Whatsapp’ dari Vietnam , semalam.

Pasukan Perak kini berada di Vietnam untuk menjalani latihan lima hari berakhir esok selain mengadakan dua perlawanan persahabatan.

Berikutan tindakan itu Perak tidak membawa Cardoso ke Vietnam manakala seorang lagi awang import, Zelemer Terkers terpaksa pulang ke Croatia untuk menyelesaikan barangannya dan akan pulang ke Ipoh pada 22 Disember ini.

“Perak hanya dapat menggunakan khidmat Martin Kafando semasa di Vietnam ini,”katanya.

Pada perlawanan pertama, Perak tumpas 1-2 kepada juara Piala AFC, Dong Tam Long An pada hari Sabtu lalu. Gol tunggal Perak dihasilkan oleh M Yoganathan pada m-80.

Begitupun Bakar berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang memberi saingan sengit kepada pasukan tuan rumah yang bermain dengan empat awang import .

“Ia pendedahan baik buat pemain-pemain Perak terutama pemain muda dalam pasukan,”katanya .

Perlawanan kedua Perak ialah menentang pasukan handalan Liga Vietnam 2013, Dong Nai FC di Stadium Dong Nai, petang ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...