Sumber: Harian Metro
Skuad Bawah 23 tahun negara yang juga juara bertahan gagal mengikut perancangan untuk layak lebih awal ke separuh akhir.
Anak buah Datuk Ong Kim Swee terselamat apabila mengikat Singapura 1-1 di Stadium Zeyer Thiri semalam.
Seandainya menang skuad muda negara sudah mampu “berehat“ untuk aksi terakhir menentang Vietnam esok namun keputusan seri berkenaan membolehkan Singapura meraih salah satu tiket ke separuh akhir.
“Pemain memberikan tentangan sehingga wisel penamat. Kami tidak
sepatutnya mencatatkan keputusan ini namun kami akhirnya berjaya
mendapat mata.
“Singapura sangat berbahaya dalam situasi bola mati. Selepas menjaringkan gol mereka bermain secara bertahan sebagai satu unit,” kata Kim Swee.
Singapura membuka jaringan pada minit ke-61 menerusi Muhammad Afis Yunos sebelum Rozaimi Abd Rahman muncul wira meledak jaringan m-90 menerusi sepakan percuma.
Skuad negara mempamerkan corak permainan lebih baik berbanding dua
perlawanan awal ketika menewaskan Brunei dan Laos namun sentuhan
penyudah menghampakan untuk meraih tiga mata berharga apabila
mensia-siakan beberapa peluang terbaik di depan gol.
Kemenangan menentang Vietnam akan memastikan kedudukan teratas skuad negara bagi mengelakkan daripada bertemu Thailand yang kelihatan amat berbahaya dan dijangka mncul juara dalam saingan Kumpulan B.
“Kami masih mempunyai peluang namun paling penting adalah karektor yang ditunjukkan pemain pada perlawanan ini,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment