Sumber: Harian Metro
Kuantan: Kehadiran dua pemain pertahanan import memberi petunjuk
pemain tempatan perlu bekerja keras jika mahu berada dalam kesebelasan
utama skuad Tok Gajah musim depan.
Ia diakui pemain pertahanan Pahang yang berasa komitmen dan
disiplin menjadi faktor utama jika mahu menambat hati jurulatih untuk
disenaraikan pada setiap perlawanan.
Bagi pertahanan Mohd Saiful Nizam Miswan, dia mengakui perlu bekerja keras untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad itu.
Menurutnya, kehadiran Damion Stewart dan Zesh Rehman di bahagian
pertahanan skuad itu menyaksikan bukan saja dia malah rakan lain perlu
bersaing sesama sendiri.
“Dalam tempoh sebelum saingan Liga Malaysia bermula, saya akan meyakinkan jurulatih untuk dipilih dalam kesebelasan utama.
“Tapi saya menyerahkan sepenuhnya kepada jurulatih untuk menentukan kedudukan terutama memantapkan skuad Pahang bagi musim 2014,” katanya yang mesra disapa Poyeng.
No comments:
Post a Comment