Tuesday, December 10, 2013

Tiada layanan istimewa untuk pemain import!

Sumber: Harian Metro
 
Ipoh: Tiada layanan istimewa untuk sesiapa! Justeru Perak lupakan hasrat mengambil penyerang kebangsaan New Zealand, Kris Bright dalam usaha memperkuatkan pasukan Seladang dalam kancah Liga Super 2014 apabila enggan menjalani ujian.

Bright sepatutnya menjalani ujian dengan Perak terutama apabila Seladang menentang Kelantan di Ipoh, malam ini tetapi menetapkan syarat datang ke Ipoh hanya jika kedudukannya bersama Perak sudah sah.

 
“Dia tidak mahu diuji sebaliknya terus tandatangan kontrak,” kata jurulatih Perak Abu Bakar Fadzim.

Bakar berkata, syarat Bright itu bertentangan dengan dasar pasukan iaitu menguji dulu pemain sebelum mengikat mereka.

“Memanglah dia pemain kebangsaan New Zealand yang beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia, kami tidak akan mengikut kehendak pemain itu.

“Seperti pemain lain, dia juga kena jalani ujian terlebih dahulu,“ katanya.
Bakar berkata, tindakan Bright itu menunjukkan karenah awang import yang perlu dihadapi pengurusan pasukan dalam mencari pemain.

“Macam-macam ragam pemain.

Sebagai pegawai pasukan kita perlu bertegas atau mudah diperkotak-katikkan,” katanya.

Bakar berkata, Perak tetap berpeluang menguji dua penyerang iaitu seorang dari Sierra Leone dan seorang lagi dari Bosnia.

“Saya tidak punyai butiran lanjut mengenai mereka.

Namun yang pasti mereka berada di Ipoh bagi perlawanan dengan Kelantan.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...