Saturday, December 14, 2013

BOLA SEPAK: Laos ‘lauk’ Hazwan

Sumber: Harian Metro
 
Nay Pyi Taw: Skuad Bawah 23 Tahun negara mempamerkan peningkatan apabila menewaskan Laos 4-1 dalam saingan Kumpulan A Sukan SEA Myanmar, malam tadi.

Seperti diramal Datuk Ong Kim Swee merombak hampir separuh pasukannya berbanding kesebelasan utama yang menentang Brunei tempoh hari.

Ahmad Hazwan Bakri muncul wira negara apabila meledak hatrik, menjaringkan gol pertama seawal minit keenam pada perlawanan di Stadium Zeyer Thiri itu sebelum K Reuben menjaringkan gol sendiri pada minit ke-40.


Namun skuad negara seolah-olah hilang punca selepas jaringan pertama dengan Kim Swee memasukkan Nazmi Faiz Mansor menggantikan S Sivanesan seawal babak kedua bagi menghidupkan jentera tengah selepas gagal memberi tekanan kepada lawan.


“Pemain bermain dengan amat baik pada babak kedua dengan gerakan tersusun namun beberapa kelemahan perlu diperbaiki untuk aksi selepas ini.

“Selepas kita menjaringkan gol pertama, kita berhenti bermain dan sikap sambil lewa serta jaringan sendiri menyebabkan kita tertekan,” kata Kim Swee.

Ahmad Hazwan menjaringkan gol kedua menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti m-60 disusuli jaringan sendiri Ketsada Souksavanh m-80.

Pemain kelahiran Labuan itu melengkapkan hatrik apabila memanfaatkan hantaran silang Nazmi Faiz m-87 sekali gus memastikan kemenangan kedua berturut-turut skuad negara.

“Persembahan mantap (Ahmad Hazwan) akan memberikan cabaran kepada penyerang lain untuk merebut slot dalam kesebelasan utama,” kata Kim Swee.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...