Sumber: Harian Metro
Seremban: Selepas meraih pencapaian memberangsangkan dalam Liga
Malaysia (Liga-M) musim 2013 apabila mara ke suku akhir Piala FA dan
menduduki tempat kelima Liga Perdana, SPA FC memasang impian tinggi
untuk membaiki kedudukan musim depan.
Pengurus pasukan Fazzruddin Abdul Rahman berkata, pihaknya
menetapkan sasaran tersenarai antara tiga pasukan terbaik carta liga dan
mara ke separuh akhir Piala FA selain beraksi dalam kempen Piala
Malaysia.
Katanya, biarpun menyedari laluan berliku musim depan berdasarkan persiapan rapi setiap pasukan, beliau yakin dengan mengekalkan 80 peratus pemain musim ini selain diperkuatkan dengan dua pemain import bagi mengisi posisi penyerang dan tengah, sasaran itu boleh direalisasikan.
“Selain sebahagian besar pemain musim 2013 yang dikekalkan, kami
mendapat khidmat dua pemain import iaitu dari Perancis dan Myanmar yang
diharap memberi impak positif dalam membentuk skuad mantap bagi
mengharungi saingan musim depan.
“Secara realistik, kami mahu pasukan kali ini membaiki kedudukan dan berada dalam kelompok ketiga terbaik carta liga selain beraksi pada saingan Piala Malaysia dan mengekalkan prestasi membanggakan pada saingan Piala FA.
No comments:
Post a Comment