Sumber: Harian Metro
Kota Bharu: The Red Warriors (TRW) yang memilih tiga tonggak import
bekas pemain kelab Mesir, Al-Ahly membantu mempercepatkan keserasian
sebelum saingan Liga M 2014 bermula.
Tiga tonggak itu adalah pemain tengah, Mohamed Shawky dan dua
penyerang, Mohamed Ghaddar serta Francis Forkey Doe, sekali gus
menyaksikan pertemuan kembali tiga bekas pemain Al-Ahly yang beraksi
dengan kelab itu pada 2010.
Shawky, 32, yang berasal dari Mesir
dan bekas pemain Middlesbrough berkata, bukan satu masalah besar
baginya untuk menyesuaikan diri dengan Ghaddar dan Forkey Doe, apatah
lagi mereka pernah beraksi bersama dulu.
“Sebelum saya datang,
saya sudah bertanya kepada Ghaddar dan dia memberitahu Kelantan
mempunyai ramai penyokong dan salah sebuah kelab terbesar di Malaysia.
Untuk itu saya menerima untuk bermain bersama Kelantan.
“Saya gembira Ghaddar turut berada di sini selain dapat bersama kembali dengan Forkey Doe.
Ini satu kelebihan bagi kami bertiga untuk menyesuaikan diri,” katanya selepas sesi latihan di Padang Mardi, Pasir Tumbuh semalam.
Ini satu kelebihan bagi kami bertiga untuk menyesuaikan diri,” katanya selepas sesi latihan di Padang Mardi, Pasir Tumbuh semalam.
Menurut Shawky, dia sedang berusaha untuk mengenali pemain tempatan termasuk memahami corak permainan di Liga M.
Katanya, dia juga bersedia berkongsi kemahiran dengan pemain tempatan untuk bersama-sama menguatkan pasukan.
“Ini kali pertama saya berada di Malaysia dan saya perlu tahu corak permainan di sini temasuk mengenali pemain tempatan.
Perkara itu akan mengambil masa namun itu bukan masalah besar.
“Saya akan menggunakan pengalaman ketika beraksi di negara lain yang
mungkin boleh dikongsikan dengan pemain tempatan sekali gus mengeratkan
hubungan dan mendapatkan keserasian,” katanya.
No comments:
Post a Comment