Sumber: Harian Metro
Kangar: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mengikat 20 pemain
termasuk muka lama bagi menyarung jersi skuad Singa Utara untuk
mengharungi cabaran Liga M musim depan.
Timbalan Presiden PFA Azhar Ahmad berkata, pemain yang terpilih
adalah mereka yang berjaya memikat panel pemilihan diketuai Ketua
Jurulatih Reduan Abdullah pada sesi ujian pemilihan dua hari bulan lalu
yang mendapat sambutan menggalakkan.
“Seramai 32 daripada 150
pemain yang menghadiri sesi pemilihan disenarai pendek sebelum kita
memilih 20 pemain termasuk lapan dari Perlis dan selebihnya dari luar
yang pernah beraksi untuk beberapa kelab dan negeri dalam Liga M musim
lalu untuk mengikat kontrak.
“Manakala kuota bagi awang import,
belum ada sebarang keputusan dibuat kerana kita masih dalam proses
mengenal pasti pemain,” katanya.
Majlis menandatangani kontrak
untuk skuad Singa Utara bagi musim depan berlangsung di sebuah hotel di
Kuala Perlis, di sini, malam kelmarin.
Mengulas mengenai awang
import, beliau berkata, pengurusan pasukan dan Reduan dijangka menguji
sekurang-kurangnya lima pemain dari Maghribi, Nigeria, Zaire dan
Senegal bagi mengisi tiga kuota ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Kita harap dapat kenal pasti tiga pemain bagi mengisi dua kouta bagi posisi serangan dan seorang pertahanan,” katanya.
Beliau turut mengesahkan beberapa perlawanan persahabatan dirancang
sebagai persediaan bagi memantapkan pasukan sebelum sepak mula Liga M,
17 Januari depan.
Antaranya termasuk menentang Pulau Pinang di
Stadium Bandaraya, 14 Disember ini (Sabtu), Harimau Muda B di Kuala
Lumpur (17 Disember) dan T-Team di Kompleks Sukan Universiti Utara
(UUM), Sintok, Kedah (25 Disember).
No comments:
Post a Comment