Sumber: Harian Metro
Kuantan: Penyerang import Pahang Matias Conti tidak menganggap
kehadiran bekas penyerang Kelantan, Dickson Nwaekaeme sebagai ancaman
bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Ini kerana penyerang kelahiran Argentina yang juga penjaring
tunggal final Piala Malaysia itu yakin jurulatih Ronald Smith mampu
membuat pilihan terbaik siapa yang mampu mengisi posisi penyerang
pasukan untuk musim depan.
Bagi Conti, kehadiran Nwaekaeme
ialah berita positif buat skuad Tok Gajah untuk mengharungi saingan
mencabar dalam Liga Malaysia musim depan.
“Sebenarnya saya
tidak bimbang untuk bersaing secara sihat dan gembira kerana masih
bersama Pahang dengan barisan pemain yang majoritinya kekal selain
dengan kemasukan dua import baru (Dickson dan Zeshan Rehman).
“Dengan kejayaan muncul juara Piala Malaysia, saya percaya Pahang akan
lebih bertenaga untuk memburu lebih banyak kejayaan,” katanya.
Misi utama Conti adalah untuk memastikan tiga piala yang menjadi idaman semua pasukan menjadi milik skuad Tok Gajah.
“Saya yakin impian ini boleh tercapai dengan keserasian dan barisan
pemain yang ada dan pastinya dengan sokongan padu peminat Pahang yang
selama ini menjadi pencetus semangat buat kami,” katanya.
No comments:
Post a Comment