Sumber: Harian Metro
Kuantan: Pernah dianggap sebagai senjata utama di bahagian serangan
skuad Tok Gajah pada awal Liga Malaysia musim 2013, kelibat Fauzi Rozlan
kini seakan terpinggir.
Dengan kehadiran bekas penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme
dan Matias Conti yang mengesahkan tempat dalam skuad itu menambah lagi
kesukaran pemain tempatan untuk mengisi tempat dalam kesebelasan utama.
Pada masa sama, prestasi tidak menentu dan tidak seperti yang dipersembahkan pada awal musim menyebabkan Fauzi perlu lebih bekerja keras bagi meyakinkan jurulatih Ronald Smith.
Tidak hairan Fauzi yang lebih mesra dengan panggilan Kojie berasa
komitmen untuk mengembalikan prestasi sebenar perlu ditunjukkan sekali
gus mendapat tempat dalam skuad utama Pahang.
“Saya akui prestasi tidak menentu dipamerkan pada pertengahan musim ini menyebabkan saya sering berada di bangku simpanan sebelum kembali dengan prestasi lebih baik dalam saingan Piala Malaysia lalu.
“Sebab itu dengan semangat baru musim 2014 ini saya berazam mempamerkan kualiti permainan yang lebih baik terutama menajamkan sentuhan jaringan.
“Saya akui kehadiran Nwakaeme dan Conti di bahagian serangan
menyukarkan lagi tempat tapi sebagai pemain saya berusaha meyakinkan
jurulatih,” katanya semalam.
Musim ini pemain kelahiran Pekan itu menjaringkan 12 gol hingga bekas jurulatih Harimau Malaya Datuk K Rajagobal menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan.
No comments:
Post a Comment