Thursday, November 21, 2013

KAFA nafi ikat pemain ATM, Kedah

Sumber: Harian Metro
 
Kota Bharu: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menafikan kehadiran tiga pemain baru Amirizwan Taj Tajuddin dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta dua tonggak Kedah, Khyril Muhymeen Zambri dan Baddrol Bakhtiar yang dikaitkan untuk menyarung jersi The Red Warriors (TRW) bagi saingan musim 2014.

Annuar menerusi kenyataannya dalam laman facebook berkata, spekulasi pemain yang bakal dipikat TRW sentiasa dimainkan oleh media dengan membabitkan beberapa pemain tempatan dan luar negara.


Bagaimanapun katanya, nama pemain yang dikaitkan itu hanya spekulasi sahaja dan tiada dalam senarai barisan Kelantan musim depan.

Selalu ada berita spekulasi tentang pemain kononnya dipikat TRW. Dulu pemain Bahrain (Abdulla Baba Fatadi), selepas itu Khyril dan Baddrol.

“Hari ini (semalam) kononnya Amirizwan Taj. Saya ingin menegaskan semua nama berkenaan tiada dalam senarai TRW 2014,” katanya.

Sebelum ini kehadiran Khyril Muhymeen atau lebih dikenali sebagai ‘KM 18’ dan Baddrol untuk bersama Kelantan hangat diperkatakan oleh peminat setia TRW dalam laman sosial namun segalanya jelas selepas Annuar tampil menafikan perkara berkenaan.

Namun begitu, antara pemain yang dikatakan sudah sah menyarung jersi kelantan musim depan adalah Ahmad Shakir Mohd Ali dari Negeri Sembilan dan Wan Zaharulnizam Zakaria dari pasukan Harimau Muda A.

Selepas ramai pemain tonggak berpengalaman TRW berhijrah termasuk jurulatih Bojan Hodak, Annuar tidak dapat meletakkan sebarang sasaran malah akan turun sebagai pasukan ‘under dog’ dalam setiap perlawanan.

Selain penghijrahan pemain tonggak, gergasi Pantai Timur itu juga kehilangan ‘acuan magis’ Hodak apabila jurulatih yang pernah membantu TRW menjulang tiga piala musim lalu itu enggan menyambung kontrak bersama KAFA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...