Thursday, November 14, 2013

Faiz Subri berteka-teki

Sumber: Sinar Harian

PENYERANG Kelantan, Mohd Faiz Subri masih belum membuat keputusan sama ada kekal bersama Kelantan atau beralih angin ke PDRM musim depan, lapor NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH.

Pemain kelahiran Air Hitam, Kedah itu berkata, setakat ini dia masih menghormati kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang berakhir hujung bulan ini.

Menurutnya, hala tuju kerjayanya dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan akan diputuskan dalam masa terdekat.



“Buat masa ini saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai kedudukan saya dalam Liga-M musim depan.

“Saya masih mempunyai kontrak bersama Kafa hingga akhir bulan ini.

"Seelok-eloknya saya tidak membuat sebarang komen untuk menjaga hati kedua-dua pihak," katanya.

Ditanya kemungkinan dia akan kekal bersama skuad The Red Warriors (TRW) apabila turut mendapat tawaran untuk dilanjutkan kontrak musim depan, Faiz dengan nada ringkas berkata : "Insya-ALLAH, mungkin kekal mungkin tidak.

"Lagipun buat masa ini saya masih lagi memikirkan mana yang terbaik untuk saya.   Mungkin keputusan akan dibuat dalam masa terdekat," katanya.

Dalam laporan media tempatan kelmarin melaporkan bahawa Faiz hampir pasti berhijrah ke PDRM apabila sumber pasukan itu mengatakan rundingan antara kedua-dua pihak sudah berada di tahap terakhir.

Selain Faiz, rakan sepasukannya, Ahmad Fakri Saarani dan Muslim Ahmad dari Johor Darul Takzim (JDT) juga bakal menjadi milik PDRM apabila turut berada dalam proses rundingan terakhir.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...