Sunday, November 17, 2013

Sabah FA bertegas gugur pemain ada masalah disiplin

Sumber: Utusan Malaysia
 
KOTA KINABALU - Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) mengingatkan pemain-pemainnya yang akan beraksi pada Liga Malaysia musim depan supaya meningkatkan tahap disiplin.
 
Presidennya yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan pemain yang menimbulkan masalah termasuk bertindak menggugurkan mereka daripada pasukan.


Beliau mengakui antara punca utama menyebabkan prestasi Sabah merudum pada musim ini ialah kerana wujudnya kumpulan pemain tidak berdisiplin. 

"Saya agak kecewa meskipun diberikan peruntukan kewangan mencukupi untuk memantapkan pasukan itu. Pengurusan baru Sabah FA perlu memperbaiki cara pentadbiran supaya mereka lebih profesional. 

"Kita sebenarnya tidak ketandusan bakat, cuma cara kita mentadbir yang membuatkan mereka (pemain) tidak berminat dengan kita. Sabah kini tidak sehebat dahulu sedangkan kita sebenarnya mempunyai ramai pemain berpotensi untuk diketengahkan. 

"Begitupun, kita tidak akan mudah berputus asa, mulai sekarang kita harus berusaha melahirkan semula James Wong, Hassan Sani dan Matlan Marjan baharu," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Sabah FA, semalam.

Dalam pemilihan ahli majlis tertinggi Sabah FA baru-baru ini, Musa mengekalkan kedudukan selaku Presiden tanpa dicabar manakala Datuk Lawrence Gimbang turut mengekalkan jawatan Timbalan Presiden.

Sabah yang kini dibimbing ketua jurulatih baharu, Seslija Milomir turut mengikat kontrak tiga pemain import baharu iaitu Altin Grbovic dari Serbia, Srecko Mitrovic (Australia) dan Predrag Pocuca (Crotia).

Selain itu, Sabahawks turut mendapat semula khidmat bekas penyerangnya, Mohd. Fared Ideris selain mengikat kontrak bekas pemain Selangor, Wan Mohd. Hoesne Wan Hussain.

Sabah menduduki tempat kelima dalam carta Liga Perdana apabila hanya meraih sembilan kemenangan dan tiga seri daripada 22 perlawanan sepanjang musim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...