Sumber: Harian Metro
Kuala Terengganu: Bagaikan sirih pulang ke gagang. Itu yang berlaku terhadap bekas pertahanan Terengganu, Fabio Flor de Azevedo.
Bagaimanapun, pemain pertahanan berusia 32 tahun yang pernah
menyarung jersi skuad Penyu pada 2005 hingga 2008 bukan beraksi dengan
pasukan itu, sebaliknya bersama T-Team.
Sebelum menerima tawaran Titans, pemain dari Brazil itu beraksi dalam Liga Bahrain dengan kelab Busaiteen FC.
Difahamkan pemain tinggi lampai itu sanggup meninggalkan kelab yang disertai pada 2012 hingga 2013 itu tanpa menerima dua bulan gaji semata-mata kembali ke Liga M.
Difahamkan pemain tinggi lampai itu sanggup meninggalkan kelab yang disertai pada 2012 hingga 2013 itu tanpa menerima dua bulan gaji semata-mata kembali ke Liga M.
Dia mengakui teruja apabila dapat kembali ke Terengganu dan tidak sabar membantu pasukan baru musim depan.
“Walaupun menyarung jersi T-Team dan bukan Terengganu, saya begitu seronok apabila dapat kembali ke negeri ini. Bagi saya Terengganu adalah rumah kedua saya selain Brazil.
“Selepas T-Team membuat tawaran, saya tidak berfikir panjang untuk menerimanya,” katanya yang tiba kelmarin.
Fabio berkata, dia tidak mahu menjanjikan kejayaan tinggi bersama T-Team, sebaliknya akan berusaha membantu pasukan bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah berada dalam lima pasukan terbaik Liga Super musim depan.
Menurutnya, kenangan manis bersama skuad Penyu selama tiga musim membuatkan hatinya mahu kembali beraksi ke Malaysia dan apa yang diharapkan gandingan mantap pasukan baru itu mampu mencipta kemenangan.
“Saya mendapat tahu beberapa pemain yang pernah beraksi bersama Terengganu seperti Marzuki Yusof berada dalam pasukan T-Team dan ini menguatkan lagi semangat saya kembali.
“Selain itu, isteri dan anak saya seronok tinggal di sini membuatkan tidak timbul sebarang masalah kepada saya untuk menumpukan perhatian penuh kepada pasukan,” katanya.
Pasukan yang pernah diwakili Fabio adalah Coritiba FC (2000-2001), Rio Branco (2002), Independente FC (2003-2004), Terengganu (2005-2008), Emirates Club (2008-2009), Al Sahel (2009-2010), Al-Mabarrah (2010-2011) dan Busaiteen FC (2011-sekarang).
No comments:
Post a Comment