Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Teka-teki siapakah bakal menggantikan Irfan Bakti Abu
Salim selaku jurulatih Selangor akhirnya terjawab apabila Persatuan
Bolasepak Selangor (FAS) mengesahkan Mehmet Durakovic bakal menduduki
kerusi panas itu bermula musim 2014.
Durakovic yang pernah beraksi bersama Selangor dari 1995 hingga 1998, mengikat kontrak selama tiga tahun.
Sepanjang empat musim di Selangor, bekas pemain pertahanan itu
berjaya menjulang Piala Malaysia tiga kali dengan kenangan paling manis
pada 1997 apabila mengetuai pasukan menjulang piala berprestij itu.
FAS menerusi satu kenyataan semalam menyatakan, Durakovic diberi kepercayaan menerajui projek pembangunan semula pasukan menerusi jangka masa panjang dalam usaha mengembalikan semula martabat Selangor.
FAS menerusi satu kenyataan semalam menyatakan, Durakovic diberi kepercayaan menerajui projek pembangunan semula pasukan menerusi jangka masa panjang dalam usaha mengembalikan semula martabat Selangor.
“Durakovic dikenang sebagai pemain yang penuh dedikasi. Kami percaya beliau berkemampuan berkongsi semangat itu dengan pemainnya.
“Kami sedar mengenai tanggungjawab untuk membentuk pasukan baru dengan budaya baru dan mengambil kira sejarah dan tradisi kejayaan Selangor.
“Matlamat FAS ialah membentuk pasukan yang berjaya berteraskan bakat dalam kalangan anak jati Selangor.
“Kami percaya Durakovic calon terbaik untuk melaksanakan tugas ini,” kata Timbalan Presiden FAS Datuk Mokhtar Ahmad.
Tugasan terakhir bekas pemain antarabangsa Australia dari 1990 hingga 2002 itu adalah selaku jurulatih Melbourne Victory, salah satu kelab utama di Liga Australia.
Pengendali berusia 48 tahun itu dijangka memulakan tugas pada pertengahan bulan ini.
No comments:
Post a Comment