Sumber: Harian Metro
Kota Bharu: Setiap kali Kelantan melangkah ke final, kelab Perodua
Viva Myvi (VMG) Kelantan rela menempuh perjalanan jauh ke Lembah Klang
dan kali ini seramai 120 ahli kelab VMG Kelantan berkonvoi ke Shah Alam
dengan 30 kenderaan bagi memberi sokongan padu kepada The Red Warriors
(TRW) yang akan menentang Pahang dalam final Piala Malaysia di Stadium
Shah Alam, Ahad ini.
Pengerusi VMG, Tazmir Arief Zahari, 31, berkata, konvoi diberi nama
‘Konvoi Piala Malaysia 2013’ berlepas esok dari Kota Bharu kira-kira
jam 9 pagi dan dijangka tiba di Shah Alam kira-kira jam 11 malam.
“Kita tidak mahu ketinggalan untuk memberi sokongan kepada pasukan
kebanggaan rakyat Kelantan, malah kami harap TRW berjaya membawa pulang
Piala Malaysia untuk kali ketiga selepas berjaya melakukannya pada 2010
dan 2012.
“Kita akan berhenti di beberapa kawasan seperti Gua Musang dan Kuala Krai untuk bergerak bersama ahli yang berada di situ dan kita akan mengibarkan bendera Kelantan sepanjang perjalanan sebagai tanda kebanggaan kami terhadap TRW,” katanya semalam.
“Kita akan berhenti di beberapa kawasan seperti Gua Musang dan Kuala Krai untuk bergerak bersama ahli yang berada di situ dan kita akan mengibarkan bendera Kelantan sepanjang perjalanan sebagai tanda kebanggaan kami terhadap TRW,” katanya semalam.
Ahli VMG, Abdul Haniff Abdul Haris Mahadi, 23 berkata, dia bersama
rakan menghiaskan kenderaan mengikut tema TRW bagi memeriahkan suasana
konvoi.
Katanya, dia berbelanja hampir RM2,000 untuk menghias keretanya mengikut tema TRW yang berbeza setiap kali pasukan kesayangannya itu berjaya mara ke perlawanan akhir.
“Ahli VMG berpakat untuk menghias kereta mengikut tema TRW supaya rombongan konvoi kelihatan meriah sekali gus menjadikan perjalanan kami lebih tenang dan selamat.
“Kami tidak kisah berbelanja besar untuk menghias kenderaan malah berpuas hati dan teruja untuk ke Shah Alam,” katanya.
No comments:
Post a Comment