Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan
Bolasepak Kelantan (KAFA) dilihat tidak mahu berlembut dalam isu
membabitkan bekas pemain Johor Darul Takzim (DT), Nazri Ahmad dengan kes
berkenaan disahkan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Status Pemain
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
FAS sudah mengemukakan aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) semalam dengan menegaskan mereka mempunyai bukti
mengatakan pemain pertahanan berusia 23 tahun itu sudah menandatangani
kontrak untuk beraksi bersama Merah Kuning musim depan.
“Saya ada bukti bahawa dia sendiri sudah menandatangani kontrak
perjanjian. Dia bukan bersetuju secara lisan seperti yang didakwa
sesetengah pihak,” kata Timbalan Presiden FAS Datuk Mokhtar Ahmad.
Katanya, FAS bertegas untuk memanjangkan perkara ini kepada FAM dengan melihat tindakan berkenaan boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada mana-mana pemain agar tidak memandang mudah untuk membuat pusingan U.
Katanya, FAS bertegas untuk memanjangkan perkara ini kepada FAM dengan melihat tindakan berkenaan boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada mana-mana pemain agar tidak memandang mudah untuk membuat pusingan U.
Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun Facebooknya semalam dilihat turut tidak mahu mengalah apabila menyatakan mana-mana kelab tidak seharusnya mengakui seseorang itu adalah pemain mereka selagi pemain tidak menandatangani kontrak lengkap.
“Tak usahlah mana-mana kelab mengakui seseorang itu pemain mereka selagi pemain tidak menandatangani kontrak lengkap dengan segala butiran serta diperturunkan tandatangan pada setiap muka surat dokumen kontrak.
“KAFA sudah berkali-kali menghadapi kes ini dan peraturannya adalah jelas, MOU yang di tandatangan atas sehelai kertas tidak diterima pakai, yang terpenting akhirnya pemain itu sendiri berhak memilih untuk beraksi, dalam kes ini amatlah jelas Nazri, Nazwin Nawi, Norfarhan Muhammad, Hairuddin Omar dan yang lain-lain akan beraksi dengan pasukan pilihan masing-masing,” katanya.
Isu membabitkan Nazri tercetus apabila KAFA memperkenalkan pemain berkenaan sebagai pemain barunya untuk musim depan pada satu majlis kelmarin dengan FAS turut dilaporkan sudah menandatangani kontrak bersama pemain berkenaan.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan pihaknya sudah menerima aduan mengenai kes berkenaan dan akan merujuk kepada Jawatankuasa Status Pemain yang diketuai Datuk Takiyuddin Hassan dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment