Tuesday, November 19, 2013

Harimau Malaya wajib menang

Sumber: Harian Metro

Kelana Jaya: Kapten skuad negara Safiq Rahim menganggap Malaysia tiada pilihan lain selain perlu mencatatkan kemenangan pada perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Qatar di Stadium Shah Alam, malam ini.

“Kita perlu menang untuk layak ke pusingan seterusnya sebab jika kalah, peluang kita semakin tipis. 



“Untuk itu saya harap rakan sepasukan mempamerkan aksi terbaik esok (hari ini) dan cuba memberikan saingan yang sengit kepada Qatar,” katanya pada sidang media semalam. 

Safiq berkata, walaupun beberapa pemain utama tidak dapat beraksi ketika skuad negara tewas kepada Qatar 0-2 pada perlawanan pusingan pertama sebelum ini, dia yakin barisan lengkap skuad negara kali ini mampu memberikan saingan lebih hebat kepada Qatar.

“Bagi saya, kami perlu lupakan saja perlawanan-perlawanan sebelum ini. Yang penting kami perlu mengatasi segala kelemahan apabila bertemu Qatar nanti.

“Semangat dalam pasukan masih tinggi kerana kami sedar masih mempunyai peluang untuk layak ke saingan Piala Asia 2015,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...