Sumber: Harian Metro
Kuantan: Selepas membantu Sime Darby layak ke Liga Super, penyerang
Fadzli Shaari percaya kejayaan lebih manis dapat diraih dalam Liga M
musim depan khususnya Liga Super.
Biarpun khidmat pemain kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu ditagih
beberapa pasukan termasuk dari Liga Perdana, dia mahu kekal bersama
kelab berkenaan untuk musim kedua.
Fadzli berkata, kejayaan Sime Darby beraksi dalam Liga Super menambah lagi semangatnya untuk beraksi cemerlang.
“Beraksi dalam Liga Super lebih mencabar lebih-lebih lagi kami akan bersaing dengan pasukan lebih kuat seperti Johor Darul Takzim (DT), Lions XII dan Pahang yang baru muncul juara Piala Malaysia,” katanya.

Sime Darby FC muncul naib juara Liga Perdana mucim ini.
Penyerang berusia 30 tahun itu juga menjaringkan tujuh gol termasuk lima dalam saingan Liga Perdana.
“Bagi melengkapkan prestasi lebih cemerlang saya percaya kemasukan beberapa pemain baru termasuk import diharap memperkasakan kelab ini untuk menjadi pasukan yang digeruni,” katanya.
No comments:
Post a Comment