Thursday, November 28, 2013

Tak layak!

Foto
KETUA Jurulatih Persatuan Bola Sepak Perlis, Reduan Abdullah (berdiri tiga dari kanan), memberi taklimat ketika sesi pemilihan pemain pasukan Perlis 2014.
 Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: “FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sepatutnya tidak boleh menerima pendaftaran skuad Perlis kerana mereka belum menjelaskan tunggakan gaji jurulatih, pegawai dan pemain.”

Itu antara keluhan salah seorang daripada anggota skuad Perlis yang mendakwa belum menerima gaji tertunggak selama enam bulan termasuk bulan November ini yang dianggarkan berjumlah RM305,000.


Menurut sumber itu, mereka sudah menghantar surat kepada FAM untuk meminta menyelesaikan masalah itu pada Ogos lalu namun sehingga kini belum menerima maklum balas selepas Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) memberikan alasan tidak mempunyai duit untuk membayar tunggakan gaji itu.

“Kali terakhir menerima gaji bulan kami pada bulan Mei dan selepas itu sehingga sekarang PFA masih gagal membayar tunggakan gaji kami. Kalau mengikut kontrak, Perlis perlu membayar gaji penuh bagi bulan Jun, Julai dan Ogos manakala tiga bulan selepas itu akan diberikan setengah bulan gaji.

“Kami sudah menghantar surat kepada FAM untuk membantu kami menyelesaikan masalah ini tapi sehingga sekarang masih tiada apa-apa tindakan dan apabila kami bertanyakan hal ini kepada pihak Persatuan Bola Sepak Perlis pula, mereka hanya memberitahu, tidak ada duit.

“Kami sudah lama bersabar dan tanpa duit gaji itu bagaimana kami semua mahu menguruskan kehidupan kami dengan keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau turut membangkitkan soal ketegasan badan induk bola sepak tanah air dalam menangani masalah itu apabila masih membenarkan pasukan yang bermasalah itu untuk mendaftar bagi saingan Liga Perdana musim depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin tidak boleh lepas pandang dan harus serius menyelesaikannya.

“FAM sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan yang belum menjelaskan tunggakan gaji kepada pemain dan pegawai tidak dibenarkan beraksi dalam liga tapi kenapa mereka benarkan Perlis dalam senarai pasukan Liga Perdana musim depan?

“Sepatutnya FAM perlu bertegas dalam perkara ini supaya tidak ada pasukan yang mengambil mudah soal pembayaran gaji pemain dan kami di Perlis bukan kali pertama kes seumpama ini berlaku,” katanya yang sudah beberapa musim dengan skuad Singa Utara itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...