Sunday, November 10, 2013

Ela diintai kelab luar

Sumber: Sinar Harian
 
DIKHABARKAN beberapa kelab luar negara berminat menagih khidmat E Elavarasan bagi musim hadapan, selepas kontraknya bersama Terengganu tamat hujung bulan ini.
Menurut jurulatih yang berasal dari Selangor itu, dia ada mendapat beberapa tawaran membimbing pasukan di liga tempatan dan pasukan dari luar negara.


“Baru-baru ini ada beberapa buah pasukan menghubungi saya dan ingin menawarkan kontrak. Ada pasukan dalam negara dan juga luar negara.

“Tapi buat masa ini, saya masih belum memutuskan hala tuju saya untuk musim hadapan. Lagipun kontrak saya bersama pasukan Terengganu masih ada, dan akan tamat penghujung bulan ini,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya lagi, dia perlu memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kalau nak diikutkan, tawaran dari kelab luar sangat baik. Namun, banyak perkara yang harus saya ambil kira dan fikirkan.

“Tawaran dari pasukan tempatan juga sangat baik. Cuma buat ketika ini, saya mahu berehat dahulu dan menikmati cuti saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...