Saturday, November 2, 2013

Perlawanan terakhir Piya?

Sumber: Utusan Malaysia

SHAH ALAM - Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengakui bahawa perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 menentang Pahang, esok adalah perlawanan terakhirnya.

Namun, sekarang timbul pula tanda tanda sama ada ketua pasukan The Red Warriors, Mohd. Badhri Radzi juga akan mengikut jejak langkah yang sama.

Semalam pemain yang terkenal dengan nama gelaran 'Piya' diajukan soalan tersebut oleh wartawan, namun dia memberi jawapan yang singkat dan mudah dengan menyatakan bahawa masa depannya bersama Kelantan hanya akan dijawab selepas perlawanan akhir Piala Malaysia.



"Pasal saya keluar Kelantan. Saya tidak boleh cakap apa-apa, mungkin selepas perlawanan akhir Piala Malaysia," katanya kepada media selepas mesyuarat pengurus pasukan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia, semalam.

Badhri, 31, merupakan watak penting dalam pasukan Kelantan sejak mereka menguasai Liga Malaysia dalam lima musim kebelakangan ini.

Namun, terdapat desas-desus bahawa dia akan meninggalkan negeri kelahirannya selepas membantu meraih kejuaraan treble musim lalu serta mengekalkan kejuaraan Piala FA musim ini.

Kehebatan, Badhri mengemudi rangkaian tengah mungkin menjadi alasan pasukan lain untuk memancing serta menggunakan khidmatnya bagi musim baru Liga Malaysia.

Sementara itu, Badhri mengakui bahawa ketiadaan tonggak pertahanan, Obinna Nwaneri memberi kesan besar dalam skuad Kelantan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia esok, namun dia berharap mana-mana pemain yang menggantikan posisi tersebut mampu melakukan terbaik demi Kelantan.

"Kita tahu Pahang bukan calang-calang pasukan, kita tahu kekuatan yang mereka ada, namun saya harap nasib masih lagi milik kita dan saya akan melakukan yang terbaik untuk Kelantan, seterusnya Piala Malaysia akan kekal di Kota Bharu. Tekanan memang ada dalam mana-mana perlawanan akhirl," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...