Monday, November 25, 2013

Kafando sah milik Perak

Sumber: Harian Metro
 
Ipoh: Perak yang hampir pasti mendapat khidmat kapten pasukan Bawah 23 Myanmar, Kyaw Zayar Win mengikat pemain kebangsaan Burkina Faso, Martin Kafando sebagai awang import pasukan Seladang untuk kempen Liga Super 2014.

Jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim berkata, pemain berusia 26 tahun itu mempunyai ciri-ciri yang dicari Perak untuk memantapkan benteng pasukan selepas menyaksikan bek tengah itu beraksi dalam dua perlawanan persahabatan dengan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang di Ipoh dan pasukan negeri Pulau Pinang di tempat lawan, minggu lalu.

 
Begitupun harapan Bakar melengkapkan kuota tiga awang import seawal hujung minggu lalu tidak kesampaian apabila pemain yang disarankan pemain dari Kelab Yangon FC, Adame Kone dari Ivory Coast gagal meyakinkan.

Sebaliknya beliau berkata, Perak berpeluang meninjau kemampuan penyerang import lain apabila mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pilihan import yang berada di Malaysia untuk mencuba nasib mereka.

“Ejen yang membawa pemain bersetuju menghimpunkan pemain bagi perlawanan ini.

Jadi saya akan gunakan peluang mencari penyerang berwibawa,” katanya.

Sementara itu, bekas pemain tengah kebangsaan, Hardi Jaafar adalah antara tujuh pemain yang dipilih untuk menyarung jersi Perak dalam kancah Liga Super 2014.

Pemain lain adalah penjaga gol UiTM, Mohd Nor Haziq Aris, Mohd Norhizwan Hassan (UiTM), Mohd Idris Ahmad (PDRM), Mohd Hidayat Amaruddin (UiTM), Mohd Fazli Zulkifli (FELDA) dan Muhd Tuah Iskandar Jamaluddin (Johor DT).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...