Sumber: Harian Metro
Ipoh: Penjaga gol ketiga Perak, Mohd Jibrail Kamaron Baharin
terpaksa melupakan hasrat beraksi dalam kancah Liga Super 2014 apabila
dipinjamkan kepada pasukan Piala FAM, Yayasan Bina Upaya (YBU).
Pengurus Liga Super Perak, Datuk Azhar Ahmad berkata, peminjaman
Jibrail dilakukan bertujuan menyelamatkan kerjaya pemain itu kerana
Perak memiliki empat penjaga gol ketika ini.
“Demi kebaikannya sendiri kami pinjamkan Jibrail kepada YBU.
Kehadirannya akan memanfaatkan pasukan itu dalam kempen Piala FAM,”
katanya ketika mengumumkan senarai skuad Liga Super Perak di pejabatnya
semalam.
Menurut Azhar, Perak mengambil dua penjaga gol baru Razi Effendi Suhit dari PKNS dan Mohd Nor Haziq Aris (UiTM).
Selain itu dua penjaga gol Piala Presiden, Hafizul Hakim dan Mohd Syazani juga akan menjalani latihan bersama skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu nanti.
Selain itu dua penjaga gol Piala Presiden, Hafizul Hakim dan Mohd Syazani juga akan menjalani latihan bersama skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu nanti.
Dengan tinggal hanya satu lagi kouta awang import, Azhar berkata, skuad Liga Super Perak 2014 sudah 99 peratus siap.
“Kita hanya hendak cari seorang tenaga import saja lagi kerana sudah
ada Martin Kafando dan Kyaw Zayar Win,” katanya Menurut Azhar, skuad
Liga Super Perak mempunyai tujuh pemain skuad musim lalu yang akan
menjadi kerangka pasukan.
Mereka ialah Mohd Nasir Basharuddin, M Yoganathan, Mohd Haizal Faquan Sadarudin, Mohd Nazri Kamal, Mohd Noor Hazrul Mohd Mustafa, Mohd Syazwan Roslan dan Mohd Hishamuddin Shaari.
Manakala selebihnya adalah muka baru serta pemain daripada skuad Piala Presiden yang dinaikkan ke pasukan utama kali ini.
Pemain Piala Presiden adalah Mohd Syamil Khairi, J Partiban, Mohd Ridzuan Azly Hussham dan Ahmad Syukri Abdul Hamid.
Manakala muka-muka baru adalah bekas penyerang Harimau Malaya,
Shahrizal Saad serta pemain Negeri Sembilan, Mohd Azmeer Yusof.
Azhar berkata, turut mendapat kepercayaan ialah bekas pemain tengah
kebangsaan, Muhammad Hardi Jaafar serta Mohd Norhizwan Hassan(UiTM) ,
Mohd Idris Ahmad (PDRM), Mohd Hidayat Amaruddin (UiTM), Mohd Fazli
Zulkifli (Felda) dan Muhd Tuah Iskandar Jamaluddin (JDT).
No comments:
Post a Comment