Wednesday, November 13, 2013

Ikat pemain berminat sahaja

Sumber: Harian Metro

Johor Bahru: Johor Darul Takzim (DT) terpaksa melupakan niat mendapatkan khidmat penyerang Kelantan, Mohd Nor Farhan Muhammad pada saingan Liga M musim depan selepas pemain itu secara rasmi memohon dilepaskan.

Walaupun pada awalnya pemain kelahiran Terengganu itu sudah bersetuju menyertai Johor DT mengharungi kempen Liga Super musim depan, atas sebab peribadi dan keluarga, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) secara profesional mengambil keputusan melepaskannya biarpun pemain itu sudah menandatangani persetujuan. 



“Polisi PBNJ adalah fokus kepada pemain yang benar-benar mahu berbakti kepada skuad Harimau Selatan. 

“PBNJ tidak akan sekat kemahuan pemain itu dan mengucap selama maju jaya kepadanya dengan pasukan pilihan,” kata kenyataan media PBNJ, semalam.


Sementara itu, PBNJ juga membidas kenyataan pengurus Safee Sali, Zakaria Ab Rahim bahawa penyerang itu wajar berhijrah ke kelab luar negara andai sayangkan karier sebagai pemain bola sepak profesional.


“Semasa PBNJ ingin mendapatkan khidmat Safee pada saingan Liga Super musim ini, Zakaria meminta bayaran daripada PBNJ namun permintaan beliau ditolak sebaliknya PBNJ berurusan terus dengan penyerang kebangsaan itu,” katanya. 

Berhubung kelantangan Khairy Jamaluddin yang membidas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu. 

“Beliau layak menyuarakan pendapat dan pandangan selaku menteri yang diberi mandat mentadbir hala tuju sukan negara termasuk bola sepak. 

“Teguran beliau dengan niat baik demi kemajuan bola sepak negara,” kata Tunku Ismail menerusi kenyataan media itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...