Sumber: Harian Metro
Ipoh: Kekosongan di benteng terakhir Perak berikutan pemergian
penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias dan Khairul Amri Salehuddin
diisi oleh bekas penjaga gol PKNS, Razi Effendi Suhit dan penjaga
gawang pasukan UiTM, Mohd Nor Haziq Aris.
Farizal memilih haluan berbeza untuk menyertai Selangor manakala Amri memohon pelepasan untuk ke Pulau Pinang.
Berikutan itu Razi dan Mohd Nor yang kini menjalani latihan bersama pasukan Seladang bimbingan Abu Bakar Fadzim adalah calon pilihan itu untuk menyertai penjaga gol musim lalu, Mohd Jibrail Kamaron Baharin.
“Dua penjaga gol ini adalah calon terbaik untuk mewakili Perak dalam kancah Liga Super nanti,”katanya.
Selain itu pemain pertahanan Johor DT, Mohd Tuah Iskandar dan pemain tengah Negeri Sembilan, Norismaidham Ismail serta bekas pemain Felda United, Mohd Hardi Jaafar juga bakal didaftar Perak kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) nanti.
Perak juga dikatakan sudah mengikat dua pemain anak jati Azmeer Yusof dan bekas pemain Harimau Malaya, Mohd Shahrizal Saad.
Mengenai pemain import, beliau berkata pengurus pasukan, Datuk Azhar
Ahmad sudah berangkat ke Myanmar untuk memuktamadkan perjanjian dengan
kaptan skuad bawah 23 tahun negara, Kyaw Zayar Win.
Manakala pemain kebangsaan Burkina Faso, Martin Kafanda setakat ini menjadi calon pilihan utama unttuk mengisi posisi bek tengah menggantikan Rafael Souza Silva Novais.
Cuma kini tinggal satu lagi posisi kosong untuk Perak melengkapkan kouta importnya iaitu seorang penyerang berwibawa.
No comments:
Post a Comment