Saturday, November 16, 2013

Safee kembali!

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Selangor hampir pasti mendapat kembali sentuhan penyerang kebangsaan Safee Sali.

Perkembangan gembira itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad yang menyatakan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu semakin hampir beraksi bersama gergasi Merah Kuning musim depan.

 “Rundingan FAS dan Safee berjalan lancar dan peluang untuk mendapatkan khidmatnya semakin cerah,” katanya yang turut waspada dengan melihat sebarang kemungkinan boleh berlaku selagi kontrak tidak ditandatangani.


Safee yang pernah menyerlah bersama Selangor sebelum berhijrah ke Liga Super Indonesia pada musim 2011 bakal bersaing sengit untuk mengisi posisi di jentera serangan Selangor kerana skuad kendalian Mehmet Durakovic itu sudah mempunyai ramai penyerang iaitu dua bekas penyerang Perak, Paulo Rangel dan Abdul Hadi Yahya, dua bekas penyerang Harimau Muda A iaitu A Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri selain Afiq Azmi serta Mohd Ramzul Zahini Adenan.


Safee yang mula mewakili Selangor pada 2006 bertindak meninggalkan Merah Kuning selepas mendapat peluang untuk beraksi di Indonesia susulan persembahan cemerlangnya dalam saingan Piala AFF 2010 dengan muncul penjaring terbanyak kejohanan namun kembali ke tanah air musim lalu untuk bersama Harimau Selatan.

Selain Rangel, seorang lagi pemain import Selangor adalah Junior Aparecido Guimaro de Souza yang bermain di bahagian tengah dengan seorang lagi pemain pertahanan dari Australia bagi melengkapkan kuota pemain dari Asia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...