TONGGAK import Terengganu, Forkey Doe (kiri) bergelut dengan pemain Sime Darby dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Kuala Terengganu, semalam. |
REPUTASI 'Pembunuh Gergasi' terus dibuktikan pasukan Liga Perdana, Sime Darby FC yang kali ini menjadikan Terengganu sebagai mangsa apabila menumbangkan penyandang juara itu 2-1 pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Jurulatih skuad penyu, Mat Zan Mat Aris beranggapan ketiadaan Ismail Faruqi menjadi punca barisan tengah skuadnya kurang berfungsi sekali gus memberi ruang kepada pelawat untuk melakukan serangan.
Selepas buntu pada babak pertama, tuan rumah meningkatkan asakan namun pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Patrick Ronaldinho pada minit ke-52 hasil gerakan serang balas sebelum Terengganu mencetus sorakan penyokong mereka dengan gol penyamaan minit ke-65 menerusi Francis Forkey Doe.
Ketika permainan tampak berkesudahan dengan keputusan seri, pemain gantian, Syukur Saidin meledak gol kemenangan pelawat pada masa kecederaan untuk memberi bekalan selesa kepada Sime Darby menjelang perlawanan kedua di Stadium Selayang 1 Mei ini.
No comments:
Post a Comment