BERDASARKAN keputusan malam kelmarin, misi penyandang juara Piala FA, Terengganu untuk mengulangi kejayaan musim lalu layak ke final semakin berliku selepas kecundang kepada skuad berstatus kelab, Sime Darby FC 1-2 di laman sendiri pada pentas separuh akhir pertama.
Namun, jurulatih Mat Zan Mat Aris masih belum mahu menekan butang kecemasan sebaliknya nekad merencana idea bernas sambil mengerah kudrat untuk merealisasikan impian melangkah ke final buat kali kedua berturut-turut.
“Sukar saya menyatakan punca kekalahan malam ini (kelmarin), tapi pada masa sama saya akur dengan keputusan itu walaupun terlalu pahit untuk ditelan lebih-lebih lagi tewas di depan kira-kira 12,000 peminat setia Terengganu.
“Namun kami masih ada baki 90 minit untuk aksi pusingan kedua bagi mengubah keputusan dan seterusnya layak ke final,” kata Mat Zan yang kecewa dengan aksi longlai pemainnya.
Menurutnya, meskipun keputusan itu mencetuskan kemarahan peminat setia yang mengadakan bantahan di luar stadium memintanya berundur, keadaan itu tetap tidak mematahkan semangatnya untuk merencana strategi ampuh menewaskan pasukan kelab itu pada perlawanan kedua pada 1 Mei ini.
“Dengan masa yang tinggal 10 hari lagi sebelum perlawanan kedua, kami bakal menerapkan taktik berbeza untuk menyaingi kekuatan lawan yang jelas mendominasi permainan terutama bahagian tengah,” katanya.
Mengulas perlawanan malam kelmarin, beliau mengakui kelemahan jentera tengah menguasai permainan adalah penyebab utama skuadnya tewas.
Mat Zan berkata, ketidakupayaan barisan perancang yang dikemudi pemain import dari Brazil, Erison Da Silva Santos Carnietto, 30, yan
No comments:
Post a Comment