Monday, March 12, 2012

‘Kami akur keputusan perlawanan’


Harian Metro

“KAMI akur tewas kepada pasukan lawan (Kedah). Pasukan tuan rumah memiliki kelebihan berbanding kami yang sebahagian besar pemainnya adalah terdiri daripada tenaga muda dan kurang pengalaman.


“Selain itu, pemain gagal beraksi dengan baik di awal babak sehingga membolehkan lawan menguasai permainan. Mereka kelihatan sedikit gugup, mungkin kerana beraksi buat pertama kali di hadapan khalayak penonton yang begitu ramai,” kata Abdullah Hassan.




Ketua jurulatih Perlis itu memberikan reaksi mengulas keputusan perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Perlis dan Kedah di Stadium Darulaman, Alor Setar, kelmarin menyaksikan skuad Kenari mencatat kemenangan 3-2.




Keputusan itu sekali gus melayakkan skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan melangkah ke saingan seterusnya untuk bertemu T-Team yang mengecewakan Pahang, 3-2 pada aksi pusingan sama di Kuala Terengganu, Jumaat lalu.

Dua jaringan Perlis itu disumbang Mohd Rizal Mohd Ghazali dan awang import, Henry Lewis manakala jaringan skuad bekas juara trebel dua tahun berturut-turut itu dicipta Khyril Muhymeen Zambri (dua) dan satu gol Amar Rohidan.


Abdullah berkata, kegagalan pasukan Singa Utara dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor termasuk kurang pengalaman sebahagian besar pemain ter utama barisan pertahanan apabila menerima asakan hebat jentera hadapan lawan.





“Selain itu, faktor kegugupan sebahagian pemain akibat tekanan turun beraksi buat pertama kali di hadapan khalayak penonton yang dianggap besar melebihi 15,000 itu juga sedikit sebanyak turut menyumbang kepada keputusan itu,” katanya.

Sementara itu, beliau memuji semangat dan kesungguhan tinggi ditunjukkan beberapa pemain muda terutama Lewis berikutan kelibat lincahnya di kawasan lawan turut memberikan masalah kepada barisan pertahanan.




“Kami percaya sekiranya memiliki barisan belakang (penjaga gawang dan pertahanan) yang lebih bagus dan kental sudah pasti bukan saja mampu menghalang lawan daripada melakukan asakan tetapi paling penting mencipta jaringan lebih banyak,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...