Showing posts with label FIFA. Show all posts
Showing posts with label FIFA. Show all posts

Sunday, March 13, 2016

Sudah jatuh ditimpa tangga

SUMBER: UTUSAN

KUALA LUMPUR - Belumpun reda isu ta­ngan hitam dan tunggakan gaji lima bekas pemain, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerima satu lagi tamparan hebat apabila bekas pe­nyerang import mereka Erwin Carrillo mengheret persatuan itu ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Carrillo, 32, yang mewakili Kelantan selama semusim pada 2015 mendakwa, bekas majikannya itu masih mempunyai tunggakan hutang dengannya selama tiga bulan gaji yang melibatkan jumlah AS$55,000 (RM224,000).


Monday, May 18, 2015

Ulasan Bekas Pengadil FIFA Malaysia - Subkhiddin Mohd Salleh

SUMBER: FACEBOOK Subkhiddin Mohd Salleh

UNDANG-UNDANG 11 – Ofsaid

Insiden yang berlaku baru-baru ini telah menyegarkan kembali ingatan kepada situasi yang hampir serupa, yang tercipta dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010; South Africa vs Mexico. Sepakan penjuru diambil dan jaringan dilakukan.. tetapi dibatalkan disebabkan peraturan ofsaid.

Kenapa pengadil membatalkan jaringan gol yang CANTIK tersebut? Alasannya, MUDAH.. pemain tersebut telah ofsaid.. 

Keputusan pengadil dipersoal dan EMOSI memuncak kerana sifat perlawanan ini sendiri iaitu GOL menentukan segalanya..

Apakah pengadil tidak boleh menggunakan budibicaranya untuk membenarkan gol tersebut?

Thursday, March 21, 2013

Statistik Pertemuan Malaysia vs Yaman

Statistik Pertemuan Malaysia vs Yaman
 


sumber: http://www.fifa.com/associations/association=yem/fixturesresults/gender=m/index.html


Friday, February 15, 2013

Ranking Harimau Malaya jatuh ke-159 dunia

Sumber: Bernama & Utusan online

KUALA LUMPUR - Berikutan kekalahan 0-2 kepada Qatar pada perlawanan pertama pusingan Kelayakan Piala Asia 2015, baru-baru ini menyebabkan ranking pasukan Malaysia jatuh satu anak tangga dalam kedudukan terbaru FIFA semalam.

Berdasarkan ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal turun ke kedudukan ke-159 dunia berbanding ke-158 pada bulan lepas.

Wednesday, December 19, 2012

Ranking FIFA: Malaysia naik lima anak tangga pada kedudukan ke 158 dunia


KUALA LUMPUR - Kekalahan secara agregat 1-3 skuad Harimau Malaya kepada Thailand pada separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 baru-baru ini tidak menjejaskan kedudukan pasukan kebangsaan dalam peta bola sepak dunia.

Berdasarkan senarai ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal itu naik lima anak tangga, daripada kedudukan ke-163 dunia bulan lepas ke posisi 158.

Thursday, December 13, 2012

Bentuk pasukan khas rayu ihsan Fifa, AFC

Harian Metro


JAKARTA: Kerajaan Indonesia membentuk satu pasukan bertindak untuk mengelak atau sekurang-kurangnya meminimumkan tindakan penggantungan Fifa selepas gagal menyelesaikan pertikaian antara dua badan bola sepak negara itu.

Suasana bola sepak negara itu dicemari perbalahan membabitkan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) dan Jawatankuasa Penyelamat Bola Sepak Indonesia (KPSI) hingga menyebabkan Fifa mengancam untuk menggantung mereka di peringkat antarabangsa andai gagal diselesaikan Isnin lalu. Bagaimanapun, ancaman penggantungan Fifa nampaknya tidak memberi kesan. Justeru badan induk bola sepak dunia itu akan menentukan nasib Indonesia pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif di Tokyo, esok.

Thursday, December 6, 2012

Indonesia berdepan risiko penggantungan FIFA



KUALA LUMPUR - Pasukan bola sepak Indonesia berdepan risiko digantung daripada beraksi pada peringkat antarabangsa selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hilang sabar dengan konflik dalaman Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Menurut laporan akhbar Indonesia, The Jakarta Post semalam, FIFA mungkin mengenakan sekatan terhadap bola sepak Indonesia ekoran terdapat dua badan induk berbeza di negara itu yang menguruskan dua liga berlainan.

Thursday, November 8, 2012

Ranking skuad negara jatuh lagi


SELEPAS tunduk 0-1 kepada Vietnam pada perlawanan persahabatan, Sabtu lalu, kedudukan skuad bola sepak negara di pentas dunia terus merosot dan kini berada di tangga ke-163.

Berdasarkan ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) yang diumum semalam, skuad Harimau Malaya jatuh satu anak tangga daripada 162 bulan lalu, kedudukan terburuk pasukan negara tahun ini.

Skuad bimbingan Datuk K Rajagobal berada di tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun), 157 (Julai dan Ogos) dan 156 pada September.

Thursday, April 12, 2012

Ranking makin merudum


Harian Metro

KEDUDUKAN skuad kebangsaan dalam peta bola sepak dunia semakin merosot apabila jatuh ke tahap paling buruk sejak Januari dengan berada pada kedudukan ke-156.


Mengikut senarai mutakhir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) semalam, Malaysia menghuni tangga ke-156 selepas mencapai kedudukan 148 pada Januari, 150 pada Februari dan 152 bulan lepas.



Friday, March 9, 2012

Mahu Fifa minta maaf


Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah



TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganggap tindakan bekas Ketua Pegawai Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Chris Eaton mendakwa pegawai badan induk bola sepak negara terbabit mengatur perlawanan tidak beretika.


Justeru, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Fifa meminta maaf terhadap dakwaan tidak berasas dan tidak profesional yang dikeluarkan Eaton.



Tuesday, March 6, 2012

FAM kecewa penjelasan tak konkrit


Harian Metro

PENJELASAN sejam Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton berhubung dakwaan pembabitan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam gejala mengatur perlawanan tidak memuaskan hati badan induk bola sepak tanah air itu.


Selepas pertemuan itu, FAM tampil dengan kenyataan media menyuarakan rasa kecewa kerana Eaton gagal memberi maklumat atau bukti mengenai dakwaannya yang disiarkan akhbar Straits Times di Singapura 16 Februari lalu.



Eaton ada maklumat


Harian Metro

KETUA Keselamatan Fifa, Chris Eaton mengaku pihaknya mempunyai maklumat pembabitan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam gejala mengatur keputusan perlawanan, namun sejauh mana kebenarannya belum dapat dibuktikan kerana ia masih dalam siasatan.


Beliau yang mengadakan pertemuan selama sejam dengan FAM serta wakil Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Wisma FAM Kelana Jaya semalam berkata, segala maklumat yang diperoleh akan disalurkan kepada SPRM bagi siasatan lanjut.



Monday, August 1, 2011

Undian panas

Sepanyol terima tamparan hebat temu Perancis

RIO DE JANEIRO: England harus layak ke pusingan akhir Piala Dunia andai berpandu kepada tuah undian, awal pagi semalam, namun, juara dunia, Sepanyol ‘menerima gegaran’ dalam usaha mempertahankan mahkota apabila diundi sekumpulan dengan juara 1998, Perancis.
Apa pun, sedikit tarikan kepada peminat Malaysia ‘dalam bentuk kecewa’ adalah apabila mendengar Singapura - barisan yang menewaskan Harimau Malaya dalam pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu diundi dalam Kumpulan A, zon Asia menentang China, Jordan dan Iraq.


Undian Piala Dunia 2014 bagi edisi ke-20 itu dilakukan 91 tahun selepas final pertama yang menyaksikan Uruguay muncul juara.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter merasmikan majlis berkenaan di Marina, tidak jauh dari pantai Copacabana dan berkata; 

“Brazil adalah tempat istimewa dalam dunia bola sepak. Kami gembira kembali ke sini selepas 61 tahun.”

Secara keseluruhan, kira-kira 200 negara melalui 824 perlawanan kelayakan untuk memburu 32 tempat terakhir. Kali terakhir Amerika Selatan menjadi hos adalah di Argentina pada 1978. - Agensi 

Sunday, July 31, 2011

The Preliminary Draw results in full


The Preliminary Draw results in full
FIFA.com rounds up the results from the Preliminary Draw which took place at the Marina da Gloria in Rio de Janeiro on Saturday 30 July.
Intercontinental play-offs Asia – South America
North, Central America and the Caribbean - Oceania

African Zone Draw Group A: South Africa, Botswana, Central African Republic, Somalia or Ethiopia
Group B: Tunisia, Cape Verde Islands, Sierra Leone, Equatorial Guinea or Madagascar
Group C: Côte d'Ivoire, Morocco, Gambia, Chad or Tanzania
Group D: Ghana, Zambia, Sudan, Lesotho or Burundi
Group E: Burkina Faso, Gabon, Niger, Sao Tome e Principe or Congo
Group F: Nigeria, Malawi, Seychelles or Kenya, Djibouti or Namibia
Group G: Egypt, Guinea, Zimbabwe, Comoros or Mozambique
Group H: Algeria, Mali, Benin, Eritrea or Rwanda
Group I: Cameroon, Libya, Guinea-Bissau or Togo, Swaziland or Congo DR
Group J: Senegal, Uganda, Angola, Mauritius or Liberia

Asian Zone Draw Group A: China, Jordan, Iraq, Singapore
Group B: Korea Republic, Kuwait, UAE, Lebanon
Group C: Japan, Uzbekistan, Syria, Korea DPR
Group D: Australia, Saudi Arabia, Oman, Thailand
Group E: Iran, Qatar, Bahrain, Indonesia

North, Central America and the Caribbean Zone Draw (Round Two) Group A: El Salvador, Surinam, Cayman Islands, Dominican Republic
Group B: Trinidad and Tobago, Guyana, Barbados, Bermuda
Group C: Panama, Dominica, Nicaragua, Bahamas
Group D: Canada, St. Kitts and Nevis, Puerto Rico, St Lucia
Group E: Grenada, Guatemala, St Vincent and the Grenadines, Belize
Group F: Haiti, Antigua and Barbuda, Curacao, US Virgin Islands

North, Central America and the Caribbean Zone Draw (Round Three) Group A: USA, Jamaica, Winner of R2 Grp E, Winner of R2 Grp F
Group B: Mexico, Costa Rica, Winner of R2 Grp A, Winner of R2 Grp B
Group C: Honduras, Cuba, Winner of R2 Grp D, Winner of R2 Grp C

Oceanian Zone DrawGroup A: Vanuatu, New Caledonia, American Samoa/Cook Islands/Samoa or Tonga, Tahiti
Group B: Fiji, New Zealand, Solomon Islands, Papua New Guinea
European Zone Draw Group A: Croatia, Serbia, Belgium, Scotland, Macedonia, Wales
Group B: Italy, Denmark, Czech Republic, Bulgaria, Armenia, Malta.
Group C: Germany, Sweden, Republic of Ireland, Austria, Faroe Islands, Kazakhstan.
Group D: Netherlands, Turkey, Hungary, Romania, Estonia, Andorra.
Group E: Norway, Slovenia, Switzerland, Albania, Cyprus, Iceland.
Group F: Portugal, Russia, Israel, Northern Ireland, Azerbaijan, Luxembourg
Group G: Greece, Slovakia, Bosnia-Herzegovina, Lithuania, Latvia, Lichtenstein
Group H: England, Montenegro, Ukraine, Poland, Moldova, San Marino
Group I: Spain, France, Belarus, Georgia, Finland

Wednesday, May 25, 2011

Hak Fifa gantung PSSI

pix_middle


USAH terkejut jika Malaysia tidak perlu bersusah payah mempertahankan pingat emas Sukan Sea yang dimenangi dua tahun lalu di Laos kerana ada kemungkinan sukan itu tidak akan dipertandingkan pada temasya sukan dwitahunan di Palembang November ini.


Ini kerana Persekutuan Sukan Sea (SGF) tidak boleh berbuat apa-apa jika badan induk bola sepak antarabangsa Fifa bertegas untuk menggantung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) daripada terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak di peringkat antarabangsa.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata, pembatalan sesuatu acara dalam Sukan Sea bukan sesuatu yang baru kerana pernah berlaku kepada bola keranjang yang terpaksa digugurkan pada Sukan Sea di Manila 2005 kerana penggantungan persatuan bola keranjang negara tuan rumah itu.




“Ini semua bergantung kepada Fifa, mereka mempunyai hak dan kuasa untuk membuat keputusan kita orang luar tidak boleh cakap apa-apa. Ini membabitkan masalah dalaman PSSI, orang luar tidak boleh campur.

“Jika bola sepak tidak diadakan pada Sukan Sea kali ini, kita kena terima seperti apa yang berlaku kepada bola keranjang, sukan yang popular di Filipina tapi disebabkan persatuan mereka dikenakan tindakan oleh Fiba (Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa), acara itu tidak boleh diadakan pada Sukan Sea 2005.


“Pembatalan acara bola sepak di Sukan Sea boleh berlaku jika kita mengambil kira kes bola keranjang itu malah kalau mahu diikutkan Fifa lebih kuat jika dibandingkan dengan Fiba,” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.



Isu kemungkinan pengguguran acara bola sepak Sukan Sea di Palembang mula timbul selepas Fifa dijangka menggantung Indonesia daripada menyertai sebarang kejohanan bola sepak antarabangsa termasuk pusingan kelayakan Piala Dunia serta Sukan Sea apabila mereka menjadi tuan rumah hujung tahun ini.

Hukuman itu dijangka dibuat selepas mengambil kira kegagalan PSSI menyelesaikan perbalahan mengenai bagaimana sukan itu patut diuruskan di negara yang mempunyai penduduk seramai 240 juta orang itu.




Ia satu kehilangan besar jika sukan utama, bola sepak tidak dapat diadakan pada Sukan Sea kali ini dengan Malaysia bakal turun dengan misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi buat kali pertama selepas 20 tahun.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan acara bola sepak Sukan Sea diadakan di negara lain seperti yang disuarakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Kok Chi berkata perkara itu perlu mendapat persetujuan bersama SGF dan tuan rumah Indonesia.


“Ini satu perkara lain, ini bergantung kepada SGF dan Indonesia sama ada mereka benarkan atau tidak. Mungkin boleh diadakan tapi Indonesia mungkin tidak boleh ambil bahagian,” katanya.

Friday, May 20, 2011

FIFA akui FAM telus, tak bersalah

Siasatan berkaitan mengatur perlawanan bola sepak membabitkan Zimbabwe pada 2009

TELUS dan tidak bersalah! Itu kesimpulan dapat dibuat terhadap pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas kunjungan delegasi Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke Wisma FAM, semalam. 

Kesimpulan itu dibuat Ketua Keselamatan FIFA, Chris Eaton yang berada di ibu negara semalam bagi membincangkan isu mengenai sindiket perjudian dan mengatur perlawanan bersama FAM serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).“Saya gembira melihat usaha dilakukan FAM dan PDRM dalam membanteras perkara ini (mengatur perlawanan),” kata Eaton kepada wartawan semalam. “Ingin saya tekankan di sini, FAM tidak bersalah dalam hal berkaitan mengatur perlawanan membabitkan Zimbabwe pada 2009.

“Malah FIFA beranggapan, langkah pencegahan dilakukan pihak berkuasa di sini mungkin akan dijadikan model kepada negara lain pada masa depan.” Antara langkah dimaksudkan Eaton ialah penubuhan pasukan khas di setiap negeri untuk menangani masalah mengatur perlawanan. 

Berita kedatangan delegasi FIFA ke ibu negara baru-baru ini mencetus pelbagai spekulasi antaranya FAM terbabit dengan menentukan keputusan dua perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Zimbabwe pada Julai 2009. Namun Eaton dengan tegas menafikan tanggapan negatif berkenaan. 

“FAM adalah mangsa penipuan sama seperti FIFA dan badan induk lain yang terbabit dengan pasukan berkenaan,” kata Eaton menjawab soalan mengenai skandal mengatur perlawanan membabitkan Zimbabwe. “Kami masih menyiasat perkara berkenaan dan terpulang kepada badan induk negara itu untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terbabit.” 

'Jangan rasuah'

 pix_gal0
Tengku Abdullah beri amaran elak terjebak atur perlawanan

“JANGAN ulang episod 1995 atau anda akan berdepan masalah besar!” Itu amaran keras dilaungkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada pemain dan pegawai bola sepak negara berkenaan isu rasuah dan mengatur perlawanan. 

“Saya nasihatkan pemain supaya tidak melayan sebarang bentuk tawaran pihak-pihak tertentu untuk mengatur perlawanan,” titah Tengku Abdullah pada sidang media selepas sesi pertemuan dengan delegasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Wisma FAM, semalam.“FAM dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membentuk satu unit khas bagi menangani perkara ini di setiap persatuan negeri. Jika ada laporan mengenai perkara ini, terus laporkan kepada unit terbabit supaya siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Ingin saya tegaskan di sini, kami sentiasa memerhatikan anda, pemain-pemain. Jadi jangan babitkan diri anda dengan mana-mana pihak yang ingin mengatur perlawanan. Saya juga mahu pemain menjaga tingkah laku di dalam dan di luar padang supaya imej bola sepak negara dihormati.” 

Bola sepak negara yang pernah menjadi kuasa besar Asia suatu ketika dulu, mengalami kemerosotan mendadak selepas skandal rasuah membabitkan lebih 100 pemain Liga Malaysia terbongkar. Akibatnya, FAM terpaksa bermula dari bawah untuk mendapatkan kembali skuad kebangsaan mantap seperti yang ada sekarang. 

Menurut Tengku Abdullah, bagi memastikan imej bola sepak negara tidak tercemar sekali lagi, satu pemeriksaan ketat juga akan dilakukan terhadap pemain khususnya dalam Liga Malaysia bagi musim depan yang bakal menerima kembali pemain asing dalam pasukan tempatan. 

Sementara itu, Bukit Aman difahamkan sudah menubuhkan satu pasukan khas berhubung siasatan membabitkan rangkaian sindiket antarabangsa menentukan keputusan perlawanan yang didakwa turut membabitkan rakyat Malaysia. 
Pasukan khas diketuai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan itu turut ditubuhkan di setiap kontinjen polis negeri. 

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid, berkata penubuhan pasukan khas itu adalah tanda komited PDRM dalam menangani isu itu. 

“Tugas pasukan khas itu akan tertumpu kepada tugasan memantau dan menjalankan siasatan terhadap sebarang aktiviti menentukan keputusan perlawanan serta judi bola sepak termasuk judi bola atas talian (online) membabitkan warga negara Malaysia. 

“Buat masa ini, kita sedang menjalankan siasatan ke atas beberapa individu di negara ini yang disyaki terbabit dengan sindiket antarabangsa dalam menentukan keputusan perlawanan dan judi untuk bola sepak luar negara,” katanya pada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan empat pegawai dari FIFA yang diketuai Ketua Keselamatan FIFA, Chris Eaton di Wisma FAM di sini, petang semalam. 

FAM tidak bersalah isu lawan Zimbabwe

PETALING JAYA - Ketua Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Chris Eaton menjelaskan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak bersalah langsung dalam kes Zimbabwe tidak menurunkan pasukan kebangsaannya dalam persahabatan dengan skuad negara, dua tahun lalu.

Katanya, ia hanyalah berkaitan penggunaan taktik pasukan pelawat kerana tidak menepati syarat seperti dijanjikan dengan FAM sebelumnya tetapi siasatan masih dijalankan untuk mengetahui sama ada ia mempunyai kaitan dengan sindiket mengatur perlawanan antarabangsa.

"Perlawanan Malaysia-Zimbabwe (yang kemudiannya ditukar kepada sebuah kelab dan tidak diiktiraf perlawanan antarabangsa A pada 2009) masih disiasat. Mereka disahkan bukan pasukan kebangsaan tetapi FAM tidak bersalah dalam proses ini," katanya di Wisma FAM, semalam.

Beliau hadir pada Sesi Taklimat dan Perbincangan Terperinci Bersama Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM dengan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Eaton diiringi oleh Penyiasat Utama FIFA, Teny Steans; Pegawai Penerangan Utama FIFA, Javier Mena dan Pegawai Pembangunan FIFA Kuala Lumpur, Domeka Garamendi.

Eaton menyifatkan Malaysia sebagai negara yang wajar dicontohi negara ahli gabungan FIFA lain dalam kejayaannya membanteras rasuah bola sepak seperti pada 1994 hingga 1995 walaupun ia keputusan yang sukar diambil dalam keadaan mengaibkan dan meragut sebuah generasi pemain bola sepaknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...