SUMBER: FACEBOOK Subkhiddin Mohd Salleh
UNDANG-UNDANG 11 – Ofsaid
Insiden yang berlaku baru-baru ini telah menyegarkan kembali ingatan kepada situasi yang hampir serupa, yang tercipta dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010; South Africa vs Mexico. Sepakan penjuru diambil dan jaringan dilakukan.. tetapi dibatalkan disebabkan peraturan ofsaid.
Kenapa pengadil membatalkan jaringan gol yang CANTIK tersebut? Alasannya, MUDAH.. pemain tersebut telah ofsaid..
Keputusan pengadil dipersoal dan EMOSI memuncak kerana sifat perlawanan ini sendiri iaitu GOL menentukan segalanya..
Apakah pengadil tidak boleh menggunakan budibicaranya untuk membenarkan gol tersebut?
Untuk itu, kita perlu terlebih dahulu merujuk kepada maksud yang tersurat pada Undang-undang 11 - Ofsaid.
Kedudukan ofsaid (offside position) - bagaimana ia ditentukan?
Seorang pemain berada pada posisi ofsaid, jika;
- dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir, dan akan menjadi;
Kesalahan (offence); Pemain akan dihukum; JIKA –
Pemain tersebut pada ketika bola disentuh atau dimainkan oleh rakannya, pada pendapat pengadil, pemain tersebut terlibat aktif dalam permainan seperti;
- mengganggu permainan (interfering with play)
- mengganggu pemain pihak lawan (interfering with an opponent)
- memperolehi keuntungan dengan berada dikedudukan ofsaid (gaining an advantage by being in that position)
Kedudukan dan tindakan pemain yang berkedudukan ofsaid adalah saling berkait sebelum pengadil akan memutuskan pemain yang berdudukan ofsaid tersebut perlu dihukum.
Merujuk kepada situasi yang berlaku dalam perlawanan baru-baru ini; maka bolehlah kita menafsirkannya seperti berikut;
Pemain penyerang berada lebih hampir ke garisan gol pihak lawan (nearer to his opponents' goal line) bermaksud bahawa mana-mana bahagian kepala, badan, atau kaki pemain berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawan dari kedua-dua bola dan pemain lawan kedua terakhir (second-last opponent). Lengan iaitu sebahagian daripada tangan, tidak termasuk dalam tafsiran ini.
Berbalik kepada situasi yang berlaku dalam negara;
Pemain berjersi PUTIH/HITAM (No.18), boleh dirujuk sebagai telah berada lebih hampir ke garisan gol pihak lawan berbanding kedudukan pemain lawan kedua terakhir dan juga bola.
Oleh itu, pemain berjersi PUTIH/HITAM (No.18) perlu dirujuk sebagai telah mengganggu permainan (interfering with play), bermaksud pemain tersebut telah memain atau menyentuh bola yang dihantar atau disentuh oleh rakan sepasukannya.
Dalam situasi ini, pemain berjersi PUTIH/HITAM (No.18) telah menanduk bola dan beliau perlu dihukum, iaitu sepakan percuma tidak terus perlu diberikan kepada pasukan lawannya.
Siapakah yang dirujuk sebagai pemain lawan kedua terakhir (second-last opponent).
Beliau, perlu dirujuk sebagai; mana-mana sahaja pemain lawan (pemain pertahanan) yang sedang berada pada kedudukan kedua terakhir dari garisan gol. Pemain tersebut boleh jadi pemain berjersi BIRU yang memakai jersi no.10, no.6, no.3 atau mana-mana pemain pertahanan pada ketika itu dan boleh jadi juga PENJAGA GOL.
Pemain tersebut juga perlu dirujuk sebagai; mana-mana sahaja pemain lawan yang sedang bertahan dan tidak boleh hanya dikhususkan kepada pemain kedua terakhir iaitu selepas penjaga gol seperti mana posisi kebiasaan yang biasa dilihat dalam mana-mana perlawanan.
Penjaga gol juga ada ketikanya bertindak sebagai penyerang, mengambil sepakan penalti dan boleh juga kelihatan pada masa-masa tertentu membuat lontaran kedalam, malah tidak mustahil untuk seseorang Penjaga Gol membuat sepakan permulaan (kick-off).
Situasi OFSAID seperti ini sangat jarang berlaku, sehinggakan ramai pengkritik dan pengulas SUKAN memuji keputusan pengadil pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 tersebut sebagai SANGAT MENAKJUBKAN. Mereka menyifatkannya sebagai 1/1000 iaitu merujuk kepada keberangkalian untuk insiden seperti ini akan berulang lagi pada masa akan datang.
Hebatnya bolasepak, kejadian ini berlaku lagi dan kali ini berlaku di Malaysia, sehingga menarik minat semua pihak, dari yang sekecil-kecil peminat sehingga kepada mereka yang sangat BESAR pengaruhnya dalam SUKAN.
Saudara AZMAN ISMAIL, anda adalah sebahagian daripada 1/1000. Setinggi TAHNIAH dari saya.
No comments:
Post a Comment