Sumber: Harian Metro Online
Kuala Lumpur: Pertahanan Kelantan Nik Shahrul Azim Ab Halim memohon maaf kepada penyokong The Red Warriors (TRW) selepas dua kesilapannya membolehkan LionsXII meledak dua gol sekali gus menjulang Piala FA malam kelmarin.
Katanya, ia adalah kenangan paling pahit bagi dirinya selepas lima kali beraksi di pentas final Piala FA apabila Faris Ramli dan Mohd Sahil Suhaimi memanfaatkannya untuk membantu LionsXII melakar kemenangan 3-1 sekali gus menjadi kelab pertama dan dari negara jiran meraih kejuaraan Piala FA sejak mula dipertandingkan pada 1990.
“Saya sangat berharap penyokong dapat memaafkan saya, ia bukan disengajakan. Saya memahami perasaan mereka yang datang dari jauh memberikan sokongan di Stadium Nasional Bukit Jalil, ada yang menghantar sistem pesanan ringkas dan sebagainya namun sebagai pemain saya menerimanya.
“Sebagai pemain kelahiran Kelantan, saya mahu membantu pasukan menang. Saya sudah bermain sepenuh hati. Tidak pernah saya menipu dalam mana-mana perlawanan,” katanya.
Kesilapan pertama pemain berusia 24 itu apabila menbenarkan pemain sayap LionsXII Faris Ramli lolos pada minit keenam sebelum meledak gol disusuli jaringan kedua menerusi Sahil pada babak kedua.
“Jaringan pertama adalah kesilapan komunikasi saya dan Jonathan McKain manakala gol kedua adalah kesilapan saya melakukan hantaran namun ketika itu masih ramai pertahanan di bawah. Bagaimanapun saya akur dengan kekalahan ini dengan banyak peluang kami juga gagal disempurnakan.
“Mungkin sudah tersurat. Kesilapan dalam bermain bola sepak bukan disengajakan namun saya berjanji bangkit dan meningkatkan lagi permainan selepas ini. Saya tidak akan putus asa,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment