Thursday, November 8, 2012

Ranking skuad negara jatuh lagi


SELEPAS tunduk 0-1 kepada Vietnam pada perlawanan persahabatan, Sabtu lalu, kedudukan skuad bola sepak negara di pentas dunia terus merosot dan kini berada di tangga ke-163.

Berdasarkan ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) yang diumum semalam, skuad Harimau Malaya jatuh satu anak tangga daripada 162 bulan lalu, kedudukan terburuk pasukan negara tahun ini.

Skuad bimbingan Datuk K Rajagobal berada di tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun), 157 (Julai dan Ogos) dan 156 pada September.


Berdasarkan kedudukan terkini itu, skuad Harimau Malaya setanding dengan pasukan seperti Maldives (160), Samoa (165) serta Afghanistan dan Fiji yang berkongsi ranking ke-167.

Di kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia jatuh satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Vietnam (138), Filipina (143), Thailand (146) dan Myanmar (156). Di peringkat Asia, Malaysia kekal di kedudukan ke-27 dari 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,564 mata.

Jerman turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua terbaik dunia dengan 1,421 mata.

Argentina yang sebelum ini menduduki tangga keempat, naik satu anak tangga selepas mengumpul 1,349 mata dan memintas Portugal yang mengumpul 1,178.

Kedudukan ranking itu merangkumi 209 negara. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...