Saturday, November 24, 2012

Seru penyokong tiup semangat


Harian Metro

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru supaya semua penyokong meniup api perjuangan Harimau Malaya yang memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF, esok.

Beliau yang mengadakan lawatan ke padang Wisma FAM di Kelana Jaya semalam bagi menyaksikan persiapan terakhir sebelum Malaysia menentang Singapura pada perlawanan pertama Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil berkata, skuad kendalian Datuk K Rajagobal perlu diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka.

“Bagi pemain peluang. Biar mereka buktikan kemampuan sebenar pada kejohanan ini. Saya mahu mereka membuktikan Harimau Malaya adalah pasukan yang disegani.

“Faktor penyokong penting kerana kita bukan saja mempunyai kekuatan sebuah pasukan tapi juga mempunyai penyokong yang hebat. Kita perlu memberikan sokongan kepada pasukan negara tanpa berbelah bagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...