Tuesday, November 20, 2012

Perak mungkin ambil John Carew



PIHAK pengurusan skuad Liga Super Perak sedang berunding dengan pihak ejen bagi membawa masuk pemain kebangsaan Norway, John Alieu Carew, 32, untuk menyarung jersi skuad Kejor Yob Kejor itu musim depan.

Pengurusnya Khairul Azwan Harun berkata, rundingan bagi membawa bekas pemain Aston Villa itu sedang berjalan dan jika segalanya berjalan lancar, pemain berkenaan mungkin akan tiba di Ipoh, tidak lama lagi.



Bagaimanapun, menurut Khairul Azwan, rundingan berkenaan masih di peringkat awal dan sebarang perkembangan lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.

“Kita umumkan bahawa kita sedang dalam rundingan bagi membawa masuk pemain ini dalam usaha memperkuatkan pasukan kita.

“Apa pun, kita tak dapat nak ulas lanjut mengenai perkara ini dan segala perkembangan akan kita maklumkan kemudian,” katanya pada sidang media di Pejabat Persartuan Bolasepak Perak (Pafa) sebentar tadi.

Carew merupakan pemain penyerang dan pernah bermain untuk pasukan West Ham, Stoke City, Lyon, Besiktas, Roma dan Rosenberg.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...