Thursday, November 22, 2012

Harian Metro


BEKAS penjaga gol Perak, Mohd Nasril Nourdin tidak sabar untuk membantu Pahang muncul pasukan digeruni dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Dia yang tidak dilanjutkan kontrak bersama Perak berazam mempamerkan persembahan terpuji bagi membalas kepercayaan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) khususnya jurulatih, Dollah Salleh.

Menurutnya, kepercayaan itu seharusnya dibalas dengan prestasi mantap mengawal gawang di samping mengharapkan sokongan rakan sepasukan.



“Jika ikutkan hati, memang saya ingin terus bersama Perak tapi disebabkan kontrak tidak dilanjutkan dan kebetulan Pahang membuat tawaran, sayaterus mengambil keputusan untuk bersama mereka.

“Tawaran pasukan lain memang ada tapi tiada keputusan muktamad. Oleh itu, saya akan buktikan kehadiran bersama skuad Pahang bakal memberi kejayaan bermakna,” kata pemain berasal dari Lumut, Perak itu.

Namun, Mohd Nasril, 26, terpaksa bersaing dengan Rosfaizul Azuar Ali bagi mengisi tempat penjaga gol utama selepas Wan Muhd Azraei Wan Teh berpindah ke Terengganu.

Pemain yang pernah beraksi bersama Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu berharap dapat meyakinkan Dollah untuk memilihnya biarpun sedar saingan yang bakal Rosfaizul berikan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...