Wednesday, November 21, 2012

Nelson teruja kembali sarung jersi Kedah

Harian Metro


BEKAS pemain import Kedah yang berasal dari Chile, Nelson Sam Martin teruja untuk mewakili semula pasukan itu bagi membantu Hijau Kuning kembali beraksi dalam Liga Super bagi musim 2014.

Dia yang pernah beraksi di samping penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James ketika membantu Kedah menjuarai Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008 sudah menjalani latihan di bawah bimbingan ketua jurulatih, Mario Tot di Stadium Darulaman sejak 17 November lalu.



“Saya teruja kerana dapat kembali beraksi bersama Kedah. Saya yakin dengan barisan pemain seperti Badrul Bakhtiar, Khyril Muhymeen, Sabri Abu serta beberapa muka baru, kami pasti beraksi semula di peringkat tertinggi.

“Malah, saya juga tidak hadapi sebarang masalah mengikuti latihan kendalian Tot walaupun corak latihannya berlainan berbanding ketika bersama pasukan lain,” katanya. Mengenai seorang lagi pemain import, Chyene Santos, Martin berkata, kehadiran pemain dari Brazil itu diharap memperkuatkan pasukan itu. Santos beraksi bersama Songkhla FC dari Thailand, sejak dua tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...