Friday, November 30, 2012

Mat Yo kental

Harian Metro


SEMANGAT kental Norshahrul Idlan Talaha yang sanggup mengetepikan soal kesihatannya untuk membantu skuad kebangsaan membenam Laos 4-1 pada kempen Piala AFF kelmarin sesuatu yang wajar dipuji.

Pemain kebangsaan paling bernilai 2012 itu tidak menjalani latihan sehari sebelum perlawanan kerana disahkan mengalami jangkitan di telinga yang menyebabkan dia hilang keseimbangan badan, muntah-muntah dan pening kepala.



Namun Norshahrul atau Mat Yo yang baru menandatangani kontrak bersama Johor tetap diturunkan oleh ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal dan ternyata pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan aksi yang tidak menghampakan.

“Memang kesihatan saya tidak berada di tahap 100 peratus, tapi jurulatih masih memberikan kepercayaan kepada saya dan saya berusaha untuk memberikan yang terbaik. Perlawanan semalam (kelmarin) amat penting untuk kita teruskan saingan dalam Piala AFF jadi saya kuatkan mental dan fizikal untuk bermain dengan sebaik mungkin,” katanya, semalam.


Gerakan dan lariannya sering memberikan masalah kepada pemain Laos namun apa yang kurang menjadi adalah sentuhan penyudah di dalam kotak penalti.


Kegagalannya menyempurnakan sekurang-kurangnya tiga percubaan terbaik dalam perlawanan itu menyebabkan dia masih gagal menghasilkan gol dalam edisi kali ini.

Namun dia yang gemar menggelecek pemain di garisan tepi padang bertekad untuk merobek gawang Indonesia dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil esok bagi memastikan skuad juara bertahan, Harimau Malaya mara ke separuh akhir.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...