KUALA LUMPUR 20 Nov. - Skuad Harimau Malaya menerima kejutan besar apabila diikat 1-1 oleh Bangladesh dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Anak buah Datuk K. Rajagobal yang bakal mempertahankan Piala Suzuki AFF mulai Ahad ini, mendahului 1-0 menerusi tandukan Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-22 hasil satu sepakan sudut.
Bagaimanapun pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah dengan gol penyamaan selepas beroleh sepakan penalti yang disudahkan oleh Jahid Hasan pada minit ke-82. - Utusan
No comments:
Post a Comment