Friday, November 16, 2012

KAFA terkejut pengakuan PBNJ



KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terkejut dengan pengakuan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang menyediakan wang kepada penyerangnya, Norshahrul Idlan Tahala atau Mat Yo bagi menebus baki kontraknya bersama The Red Warriors.

Perkara tersebut diluahkan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui Facebook miliknya semalam, selepas PBNJ membuat kenyataan yang disiarkan oleh saluran berita Astro.

Annuar berkata, kenyataan itu menjadi satu pengakuan bahawa PBNJ cuba mempengaruhi Norshahrul yang masih mempunyai kontrak untuk meninggalkan pasukan.

"Kenyataan ini adalah satu kesalahan besar yang mengundang tindakan terhadap PBNJ.


"Surat terdahulu PBNJ untuk menebus kontrak Norshahrul sudah pun merupakan satu kesalahan kerana tebus kontrak tidak boleh dibuat oleh orang ketiga," katanya.

Tambah Annuar, tindakan PBNJ itu tidak akan menyelesaikan kemelut Norshahrul selain mendedahkan etika perpindahan pemain sudah dicerobohi.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan Johor perlu membayar harga yang tinggi jika mahukan Norshahrul kerana KAFA meletakkan nilai tinggi yang tinggi terhadap pemain tersebut.

Kejayaan Norshahrul mengekalkan status Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan tiga berturut-turut sudah cukup untuk menggambarkan nilai sebenar penyerang Kelantan itu.

Dalam perkembangan sama Annuar memberitahu KAFA mahu menunggu tempoh seminggu yang diberikan kepada Johor berakhir, sebelum mengambil langkah seterusnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...