Thursday, November 29, 2012

Rajagobal puas hati, tarik nafas lega



KUALA LUMPUR - Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal berpuas hati dengan kesemua barisan pemainnya selepas berjaya membelasah Laos 4-1, semalam.

Menurutnya, arahan yang diberikan telah diikuti dengan baik oleh pemain-pemainnya terutama pada separuh masa kedua apabila mempamerkan permainan intensiti tinggi dan tempo yang laju.



"Mereka bermain dengan agresif dan intensiti yang tinggi seterusnya memberi tekanan kepada Laos walaupun melakukan sedikit kesilapan pada separuh masa pertama," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan tamat, semalam.

Jelas Rajagobal, skuad bimbingannya bermain baik tetapi harus melupakan kejayaan ini kerana paling penting ialah perlawanan ketiga selepas ini menentang Indonesia untuk menempah tempat ke separuh akhir.

"Setiap pasukan tidak memikirkan tentang seri, semua mahu menang ia bukanlah mudah tetapi sebagai jurulatih saya tetap mempunyai kepercayaan terhadap pemain saya," ujarnya.

Kata Rajagobal, dia tetap optimis dan sudah melihat persembahan Indonesia, namun dalam masa yang sama dia menjangkakan pasukan jiran itu juga sudah melakukan perkara sama terhadap mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...